awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya sangat gembira, rasa nak nangis" luah penduduk Wuhan selepas pusat beli-belah kembali beroperasi

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
30/03/2020
10:21 MYT
"Saya sangat gembira, rasa nak nangis" luah penduduk Wuhan selepas pusat beli-belah kembali beroperasi
Sekitar 70 hingga 80 peratus kedai di pusat beli-belah Chuhe Hanjie di Wuhan sudah mula dibuka pada Isnin. - Gambar REUTERS
KEDAI-KEDAI di bandar Wuhan, China di mana pusat tercetusnya penularan wabak COVID-19 sudah mula beroperasi pada Isnin.
Bagaimanapun, para pelanggan masih kekok untuk membeli-belah selepas pihak berkuasa mengenakan sekatan untuk duduk di rumah selama dua bulan bagi menghentikan rantaian jangkitan wabak itu di bandar berkenaan.
Sekitar 70 hingga 80 peratus kedai di pusat beli-belah Chuhe Hanjie di Wuhan dibuka pada Isnin dan mengehadkan bilangan pengunjung yang boleh memasuki kedai pada satu-satu masa.
Malah, cecair pembasmian kuman dan proses saringan suhu badan juga dilakukan sebelum para pelanggan boleh memasuki kedai.
Pelanggan juga perlu memakai topeng muka dan hidung selain mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan.
Menurut seorang pelanggan Kat, dia terlalu bersyukur dapat kembali berbelanja selepas menghabiskan masa di rumah pada satu jangka masa yang lama.
"Saya datang untuk membeli-belah kerana sudah duduk di rumah terlalu lama, saya sangat gembira sehingga saya merasakan hendak menangis," luahnya.
Turut menyentuh perasaan adalah, sebuah skrin besar dengan paparan "Wuhan, Kami Kembali Semula, Terima Kasih" di luar pusat beli-belah tersebut.
Untuk rekod, China mencatatkan 3,186 kematian akibat COVID-19 termasuk 2,547 kes di Wuhan setakat Ahad.
Topic Berkaitan
#China
#Chuhe Hanjie
#COVID-19
#operasi semula
#pusat beli-belah
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan