DUNIA
Sayap timur White House diroboh bagi pembinaan ballroom baharu Trump
Kerja-kerja merobohkan sayap timur White House sudah dimulakan bagi membolehkan pembinaan dewan acara (ballroom) baharu yang diilhamkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. - Gambar AP
WASHINGTON: Kerja-kerja meroboh sebahagian struktur sayap timur White House telah dimulakan bagi memberi laluan kepada pembinaan dewan acara (ballroom) baharu yang diilhamkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Pada Isnin, kru pembinaan dilihat memecahkan sebahagian besar pintu masuk berbumbung serta tingkap di kawasan sayap timur, yang menurut Trump sedang “dimodenkan sepenuhnya.”
Sebelum ini, Trump memaklumkan bahawa penambahan dewan bernilai AS$250 juta (RM1.06 bilion) itu akan dibina berhampiran struktur sedia ada tanpa mengubah bangunan utama.
“Ia tidak akan menjejaskan bangunan sedia ada. Ia akan berdekatan tetapi tidak bersentuhan dengannya - sepenuhnya menghormati struktur asal, yang saya amat kagumi,” kata Trump pada Julai lalu.
“White House adalah tempat kegemaran saya. Saya mencintainya.”
Trump mengumumkan projek itu menerusi hantaran di media sosial, memaklumkan bahawa kerja-kerja tanah telah dimulakan untuk membina ruang dewan yang disifatkan sebagai “amat diperlukan.”
“Selama lebih 150 tahun, setiap Presiden mengimpikan memiliki ballroom di White House untuk majlis besar, lawatan negara dan sebagainya,” tulisnya.
Beliau turut menjelaskan projek itu dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan dermawan yang digelar sebagai “Patriot dermawan.”
White House, yang menjadi kediaman rasmi Presiden AS selama dua abad, menyaksikan sayap timur dibina pada 1902 dan terakhir diubah suai pada 1942.
Dari bahagian selatan bangunan, wartawan BBC melaporkan kelibat jentera berat - beberapa daripadanya dipasang bendera Amerika Syarikat sedang melakukan kerja berhampiran sayap timur.
Dalam hantaran sama, Trump menegaskan bahawa sayap timur adalah “struktur yang berasingan sepenuhnya” daripada bangunan utama, meskipun ia masih bersambung secara fizikal.
Pintu masuk berbumbung yang merentangi sebahagian besar bahagian selatan sayap timur kini dilihat dikosongkan, dengan serpihan konkrit dan kabel logam jelas kelihatan dari jarak beberapa ratus meter.
Aktiviti pembinaan itu turut menarik perhatian beberapa orang awam yang berhenti untuk bertanyakan perkembangan kepada jurugambar dan wartawan di lokasi.
Seorang wanita yang memakai pelitup muka dan membawa plak bertulis slogan anti-Trump meluahkan rasa tidak senang terhadap tindakan itu.
“Saya tak suka,” katanya sambil menunjuk ke arah White House dari sebalik sebuah van kuning yang diletakkan berhampiran. “Lihat apa yang dia lakukan pada bangunan itu!” - Agensi