awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SBY minta maaf, ucap terima kasih kepada rakyat

Astro Awani
Astro Awani
20/10/2014
03:46 MYT
SBY minta maaf, ucap terima kasih kepada rakyat
Susilo Bambang Yudhoyono
Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menamatkan tempoh pentadbirannya dengan memohon maaf kepada rakyat republik itu atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang 10 tahun beliau jadi ketua negara.
Beliau juga merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang mendukung kepimpinannya sepanjang tempoh yang sama.
Katanya, sebagai presiden beliau mahu melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara namun sebagai manusia biasa beliau tidak lepas daripada kelemahan dan kekurangan.
Susilo membuat kenyataan itu melalui beberapa masukan di akaun Twitternya yang diakhiri dengan *SBY*, menandakan masukan itu beliau tulis sendiri dan bukan oleh pegawai media sosialnya.
Mohon maaf jika 10 th pimpin negeri tercinta, ada tutur kata/perilaku yg tdk berkenan di hati bapak, ibu & saudara, rakyat Indonesia. *SBY*
— S. B. Yudhoyono (@SBYudhoyono) October 19, 2014
Sesungguhnya, dengan segala kekurangan yang kami miliki, kami ingin berbuat yang terbaik bagi bangsa dan negara. Salam sayang kami. *SBY*
— S. B. Yudhoyono (@SBYudhoyono) October 19, 2014
Susilo sebelum itu memuat naik sekeping foto beliau dan isterinya, Kristiani Herawati tiba di Istana Negara 10 tahun yang lalu. Beliau kemudian memuat naik sekeping lagi foto menandakan masanya mereka suami isteri kembali menjadi rakyat biasa.
Datang tampak muka (foto: 20 Oktober 2004) pic.twitter.com/zyhwvI6GiJ
— S. B. Yudhoyono (@SBYudhoyono) October 19, 2014
Pergi tampak punggung. pic.twitter.com/2tagNNjWIK
— S. B. Yudhoyono (@SBYudhoyono) October 19, 2014
Susilo secara rasmi menamatkan dua penggal pentadbirannya pada Isnin. Beliau yang merupakan presiden pertama republik itu yang dipilih secara langsung oleh rakyat digantikan oleh bekas Gabenor Jakarta, Joko Widodo.
Antara tugasan akhir beliau pada Ahad ialah membubarkan kabinet pentadbirannya.
Tandatangani Keppres pembubaran kabinet, Presiden SBY & menteri ucapkan syukur atas purnanya tugas memimpin negeri. pic.twitter.com/KZtQikOAhN
— S. B. Yudhoyono (@SBYudhoyono) October 19, 2014
Dalam beberapa siri masukan di Twitter pada Isnin, Susilo merakamkan pula ucapan terima kasih kepada rakyat serta semua pihak yang selama ini memberikan dukungan kepada pentadbirannya.
Katanya, tugas memimpin negara bukanlah satu kerja mudah tetapi beliau sudah melakukan segala upaya untuk memberikan yang terbaik kepada republik itu.
Terima kasih kpd rakyat Indonesia atas ucapan & perhatiannya kpd saya melalui #TerimakasihSBY & #MakasihSBY . Tuhan membalas. *SBY*
— S. B. Yudhoyono (@SBYudhoyono) October 20, 2014
Hari ini, 20 Oktober 2014, secara resmi saya mengakhiri tugas, jabatan & tanggung jawab saya sebagai Presiden Republik Indonesia. *SBY*
— S. B. Yudhoyono (@SBYudhoyono) October 20, 2014
Susilo juga berharap Indonesia di bawah kepimpinan presiden yang baru akan bertambah maju.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Joko Widodo
#Susilo Bambang Yudhoyono
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan