DUNIA
Scotland hentikan dana syarikat bekalkan senjata kepada Israel
Kerajaan sebelum ini menerima kritikan kerana terus menyalurkan dana kepada syarikat di Scotland yang menghasilkan komponen senjata untuk Israel. - Gambar/ Reuters
EDINBURGH: Menteri Pertama John Swinney mengumumkan kerajaan Scotland akan menghentikan sementara pembiayaan kepada syarikat yang membekalkan senjata kepada Israel, lapor PA Media/dpa.
Kerajaan itu sebelum ini menerima kritikan kerana terus menyalurkan dana kepada syarikat di Scotland yang menghasilkan komponen senjata untuk Israel.
Dalam perkembangan berkaitan, Parlimen Scotland meluluskan usul simbolik mengiktiraf negara Palestin dengan 65 undi menyokong, 24 menentang dan 26 berkecuali.
Berucap pada Rabu ketika bendera Palestin dikibarkan di bangunan kerajaan Scotland di Edinburgh, Swinney menggesa kerajaan United Kingdom (UK) mengiktiraf Palestin serta menarik diri daripada perjanjian perdagangan dengan Israel, sambil memberitahu Ahli Parlimen Scotland terdapat "kes prima facie" genosid di Gaza.
Beliau berkata sebelum ini kerajaan menyediakan geran perniagaan dan sokongan pelaburan kepada syarikat yang terbabit dalam reka bentuk, pengeluaran, pembekalan serta sokongan peralatan dan teknologi ketenteraan.
"Kami berbuat demikian kerana mempertahankan negara dan benua adalah tanggungjawab kerajaan - sesiapa yang mengikuti perang di Ukraine tentu sedar akan kepentingan pertahanan," kata beliau.
Namun, katanya, memandangkan landskap antarabangsa telah berubah, kerajaan Scotland akan menamatkan sokongan untuk pengeluaran senjata.
"Dalam menghadapi genosid, tiada lagi urusan seperti biasa. Kami akan menghentikan sementara peruntukan dana awam baharu kepada syarikat senjata yang produknya dibekalkan kepada negara dengan bukti kukuh terlibat melakukan genosid - termasuk Israel," katanya.
Swinney menjelaskan langkah itu meliputi kerajaan Scotland sendiri, Bank Pelaburan Nasional Scotland dan agensi perusahaan negara.
Selain itu, kerajaan juga akan membawa 20 kanak-kanak cedera dari Gaza ke Scotland untuk rawatan perubatan, serta memperuntukkan GBP400,000 (US$538,000) bagi pembinaan hospital mudah alih untuk kegunaan di Gaza.
Berikutan pengumuman itu, agensi pelaksanaan kerajaan Scotland termasuk Scottish Enterprise tidak lagi akan menyokong perdagangan antara Scotland dan Israel.
"Kita sedang menyaksikan bencana kemanusiaan berskala besar, namun bom terus digugurkan," katanya.
"Dunia tidak boleh hanya menanti keputusan mahkamah sebelum bertindak. Tanda-tanda jelas, amaran telah dibunyikan, bom dan roket mesti dihentikan, serta bantuan kemanusiaan mesti disalurkan."
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini