awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scotland rancang tuntut kemerdekaan dari UK

Reuters
Reuters
26/07/2019
06:15 MYT
Scotland rancang tuntut kemerdekaan dari UK
Menurut Nicola Sturgeon, tujuan utama pungutan suara dibuat selepas Scotland skeptikal dengan rancangan Brexit Johnson yang dianggap akan menjejaskan ekonomi Scotland. - Gambar REUTERS
SCOTLAND kini sedang dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan daripada United Kingdom (UK).
Perkara itu diumumkan Menteri Pertamanya, Nicola Sturgeon yang memberitahu, keputusan untuk bebas daripada bayangan Britain bertitik tolak pada rancangan 'Brexit' yang diumumkan Perdana Menteri baharu negara itu, Boris Johnson dianggap akan menjejaskan ekonomi Scotland.
Sehubungan itu, Sturgeon berkata, hasrat Scotland itu telah dimaklumkannya kepada Johnson dalam sepucuk surat.
Menurut Sturgeon, pentadbirannya akan meneruskan persediaan untuk melaksanakan pungutan daripada rakyat berhubung rancangan menuntut kemerdekaan itu.
“Kerajaan Scotland akan teruskan membuat perancangan untuk memberi pilihan kepada rakyatnya dalam membentuk sebuah negara yang merdeka dari United Kingdom,” kata Sturgeon seperti dilaporkan oleh Reuters.
Kali terakhir pungutan suara bagi perkara yang sama dibuat pada 2014 rentetan kejayaan Parti Nasional Scotland (SNP) yang bersifat pro-kemerdekaan dalam Pilihanraya Parlimen Scotland pada tahun 2011.
Meskipun memperoleh majoriti dalam Parlimen, parti SNP gagal dalam pungutan suara tersebut apabila 55 peratus daripada pengundi memilih untuk tidak keluar dari UK.
Dalam pungutan suara Brexit yang dibuat pada 23 Jun 2016 pula, 62 peratus daripada pengundi Scotland memilih untuk kekal dalam Kesatuan Eropah.
Dalam pungutan suara Brexit yang dibuat pada 23 Jun 2016 pula, 62 peratus daripada pengundi Scotland memilih untuk kekal dalam Kesatuan Eropah.
Topic Berkaitan
#Brexit
#Britain
#ekonomi
#kerajaan
#Kesatuan Eropah
#Merdeka
#Parlimen
#Scotland
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan