awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scott Morrison bakal ganti Malcolm Turnbull sebagai PM Australia

Agensi
Agensi
24/08/2018
03:03 MYT
Scott Morrison bakal ganti Malcolm Turnbull sebagai PM Australia
Bakal perdana Menteri Australia, Scott Morrison (tiga dari kiri) diberi ucapan tahniah oleh timbalannya yang baharu Josh Frydenberg selepas mesyuarat Parti Liberal Australia di Canberra, Australia. - REUTERS/David Gray/Pool
Menteri Perbendaharaan Australia, Scott Morrison bakal menjawat jawatan perdana menteri baharu negara itu selepas perdana menteri, Malcolm Turnbull dipaksa mengosongkan jawatannya.
Pemilihan Morrison dibuat selepas pengundian oleh anggota Parti Liberal yang diwakilinya pada Jumaat.
Morisson muncul pemenang dalam saingan tiga penjuru parti itu, yang turut ditandingi Menteri Dalam Negeri, Peter Dutton dan Menteri Luar, Julie Bishop. Turnbull yang tidak bertanding, berhadapan tekanan yang hebat sejak kebelakangan ini dari parti beliau sendiri, ekoran kejatuhan undi yang mendadak dalam pilihan raya sebelum ini.
Turnbull dilantik menjadi perdana menteri Australia pada 15 September 2015, tetapi sepanjang tempoh beliau memegang jawatan tertinggi itu, beliau sering dikritik bukan sahaja pihak lawan malah dari anggota partinya sendiri.
Anggota Parti Liberal tidak yakin Turnbull mampu mengemudi parti itu dalam pilihan raya yang akan datang.
Terdapat juga pemberontakan oleh ahli parlimen konservatif di Parlimen yang turut menyumbang kepada penyingkiran Turnbull dari jawatan politik tertinggi itu.
Scott Morrison adalah bendahari kepada Parti Liberal dan merupakan pilihan parti itu, untuk sementara waktu, sehingga pilihan raya Australia, yang dijangka akan berlansung awal tahun hadapan.
Topic Berkaitan
#Australia
#conservatie
#Konservatif
#liberal
#malcolm turnbull
#parti
#PRU
#Scott Morrison
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan