Sebahagian besar Bangladesh terputus bekalan elektrik

Astro Awani
Oktober 4, 2022 22:45 MYT
Seorang lelaki dilihat menjamu selera diterangi lilin selepas sebahagian besar Bangladesh terputus bekalan elektrik. - Foto AP
DHAKA: Sebahagian besar Bangladesh terputus bekalan elektrik pada selepas kegagalan grid, pada Selasa.
Pihak berkuasa sedang berusaha untuk memulihkan bekalan kuasa secara beransur-ansur di negara yang mempunyai 168 juta penduduk itu.
Menurut pegawai Lembaga Pembangunan Tenaga Bangladesh, Shameem Hasan, grid kuasa tidak berfungsi sekitar jam 2 petang waktu tempatan.
Katanya, siasatan sedang dijalankan untuk memastikan punca kejadian tersebut.
Namun jelasnya, bekalan elektrik telah kembali pulih di 45 peratus kawasan yang terjejas menjelang sebelah malam.
Bangladesh mendapat tiga perempat daripada tenaga elektriknya daripada gas asli yang diimport.
Negara itu telah berdepan dengan masalah bekalan elektrik yang kerap terputus tahun ini kerana ketidakupayaannya untuk menangani permintaan tenaga yang lebih tinggi.
Kerajaan Bangladesh turut mencatu bekalan gas di tengah-tengah harga global yang tinggi yang didorong oleh perang Rusia di Ukraine.
Menurut data kerajaan, lebih satu pertiga daripada 77 unit berkuasa gas negara kekurangan bahan api.
#tenaga elektrik #terputus bekalan #Lembaga Pembangunan Tenaga Bangladesh #grid kuasa