WASHINGTON: Panas terik yang memecahkan rekod melanda sebahagian kawasan di Amerika Syarikat (AS) minggu ini, kurang sebulan selepas memasuki musim panas.
Phoenix, Arizona, pada Selasa memecahkan rekod suhu panas yang dicatatkan hampir setengah abad yang lalu, dengan hari ke-19 berturut-turut melebihi 43 darjah Celsius (C).
Cuaca sebelah malam memberikan sedikit kelegaan, dengan suhu menurun kepada 34°C untuk hari kesembilan berturut-turut, lapor United Press International (UPI).
"Walaupun di Phoenix suhu sentiasa panas pada musim panas, gelombang haba kali ini sangat kuat dan berlarutan.
"Malangnya, ia adalah petanda kepada perkara yang akan muncul memandangkan unjuran kesan perubahan iklim yang paling boleh dipercayai ialah kesan yang berkaitan secara langsung dengan peningkatan suhu global," kata Pengarah Pusat Sains dan Penyesuaian Iklim di Universiti Arizona, Katharine Jacobs.
Sebahagian besar kawasan di selatan AS selatan berada di bawah kubah haba, dengan suhu dari California hingga ke Florida telah memecahkan rekod.
"Gelombang haba berbahaya dan berpanjangan untuk sebahagian besar kawasan di selatan, menyaksikan kira-kira 80 juta penduduk mungkin mengalami suhu atau indeks haba melebihi 105°F (40°C) pada hujung minggu ini," menurut amaran Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan pada Selasa.
Houston pada Selasa mungkin akan memecahkan rekod harian sepanjang 43 tahun, apabila suhu diramalkan mencecah 39°C.
"Gelombang haba boleh membawa maut, terutamanya bagi gelandangan, mereka yang bekerja di luar rumah dan yang tidak mempunyai pendingin hawa mencukupi.
"Mereka yang lebih berusia dan mempunyai masalah kesihatan perlu memastikan kekal terhidrat," kata Jacobs.
Kawasan yang mengalami suhu paling panas pada musim panas kali ini ialah bandar-bandar yang lebih besar, manakala pinggir bandar yang mempunyai banyak pokok-pokok terlepas daripada cuaca panas melampau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Phoenix, Arizona, pada Selasa memecahkan rekod suhu panas yang dicatatkan hampir setengah abad yang lalu, dengan hari ke-19 berturut-turut melebihi 43 darjah Celsius (C). -Gambar hiasan/Reuters
Sidang Kemuncak ASEAN dijangka bawa pelaburan RM300 bilion
Sidang kemuncak Asean ke-46 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dijangka menjadi pemangkin pelaburan asing ke malaysia, dengan nilai limpahan mencecah lebih RM 300 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
Produktiviti buruh setiap jam meningkat 1.0 peratus pada S1 2025
Produktiviti buruh malaysia bagi setiap jam bekerja mencatat peningkatan 1.0 peratus kepada RM42.50 sejam pada suku pertama 2025, menurut laporan terbaharu jabatan perangkaan Malaysia.
Petronas tetap perlu mohon pemberitahuan pengecualian
Deklarasi persetujuan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berkaitan industri minyak dan gas pada rabu menyaksikan sarawak beri pengecualian lesen pengoperasian aktiviti gas kepada Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di wilayah berkenaan.

SPRM buka 8 kertas siasatan baharu berhubung aset Daim di luar negara
Lapan kertas siasatan baharu dibuka dalam siasatan terhadap bekas menteri kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Tempoh lanjutan perkhidmatan Tengku Maimun akan diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedang mempertimbang untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Rapat AMK jadi medium suara, pengisian calon
Rapat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia 2025 menjadi medium suara dan pengisian 72 calon ahli majlis pimpinan AMK pusat yang bertanding dalam Pemilihan Kongres Nasional PKR, di Johor Bahru, pagi Jumaat

Wanita warga emas ditemukan lemas dalam perigi
Pasukan bomba tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dan mendapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
[TERKINI] SPRM akan rakam keterangan bekas menantu Ismail Sabri di Indonesia
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata proses rakaman percakapan itu akan diambil dalam tempoh dua minggu ini kerana individu terbabit kini menetap di Indonesia.

APAD disaran batal lesen syarikat pengangkutan yang bermasalah - JPJ
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) disaran untuk membatalkan lesen pengendali mana-mana syarikat pengangkutan yang gagal memastikan kenderaan mereka selamat untuk beroperasi di atas jalan raya.

SPRM akan rakam keterangan bekas menantu Ismail Sabri di Indonesia
SPRM akan memanggil Datuk Jovian Mandagie, bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan bekas perdana menteri berkenaan.

Dua kakitangan kedutaan Israel maut dalam insiden tembakan, suspek ditahan
Dua kakitangan Kedutaan Israel dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan berhampiran Capital Jewish Museum di Washington, D.C.

Ramaphosa berseloroh dengan Trump: 'Maaf, saya tiada pesawat untuk diberikan kepada anda'
"Maaf, saya tiada pesawat untuk diberikan," kata Ramaphosa ketika mesyuarat dua hala dan jamuan tengah hari di Pejabat Oval.

Sudan Selatan siasat, hantar pulang PATI ke negara asal
Kebenaran akan dikenal pasti dan mereka akan sekali lagi dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS ekoran kebimbangan mengenai tahap fiskal AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila kebimbangan mengenai paras fiskal AS terus menjejaskan mata wangnya.

AS-Malaysia kukuh kerjasama pertahanan serantau
Amerika Syarikat dan Malaysia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan demi menghadapi cabaran keselamatan serantau dan menjamin kestabilan Indo-Pasifik.

Ribuan visa AS dibatalkan, bukan hak tetapi keistimewaan - Setiausaha Negara
Sudah ribuan visa yang dikeluarkan Amerika Syarikat telah dibatalkan dalam usaha pentadbiran Donald Trump mengusir pendatang.

Dagangan luar China terus kukuh walaupun berdepan cabaran global
Sektor perdagangan luar China terus mengekalkan pertumbuhan stabil pada April meskipun berdepan perubahan drastik dalam persekitaran ekonomi global.

Malone Lam berdepan tuduhan baharu di AS kes curi US$263 juta mata wang kripto
Seorang warga Singapura, Malone Lam yang sebelum ini didakwa di Amerika Syarikat kerana mencuri mata wang kripto, kini dituduh mengetuai kumpulan jenayah yang dipercayai mencuri ratusan juta dolar dal

Tidak diiktiraf pecah rekod kerana angin, Azeem Fahmi tetap nombor satu terpantas di Carolina Utara
Muhammad Azeem Fahmi, merangkul kejayaan acara 100 meter (m) dalam Kejohanan Olahraga Universiti Appalachian State yang berlangsung di Boone, Carolina Utara, Amerika Syarikat, hujung minggu lalu.

Rang undang-undang pengurangan cukai Trump diluluskan jawatankuasa Kongres
Rang undang-undang pengurangan cukai oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump diluluskan melalui undian jawatankuasa utama Kongres pada Ahad.