DUNIA
Sebahagian AS dijangka terima salji hingga 30cm, udara sejuk mengancam nyawa
Orang ramai dinasihatkan untuk mengehadkan pergerakan, menyediakan bekalan kecemasan dan memastikan pemanas berfungsi dengan selamat. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Beberapa kawasan di Amerika Syarikat (AS) dijangka mengalami ribut musim sejuk yang teruk dengan salji tebal sehingga 30 sentimeter serta udara sejuk yang mengancam nyawa, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) pada Jumaat.
Amaran cuaca musim sejuk dikeluarkan bagi sebahagian wilayah Midwest, Great Plains dan Timur Laut, dengan ramalan suhu menjunam jauh di bawah paras beku disertai angin kencang yang boleh menyebabkan radang dingin dan hipotermia dalam tempoh singkat.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa keadaan itu berpotensi mengganggu perjalanan udara dan darat, menyebabkan penutupan jalan, serta meningkatkan risiko bekalan elektrik terputus.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengehadkan pergerakan, menyediakan bekalan kecemasan dan memastikan pemanas berfungsi dengan selamat.
NWS berkata gabungan salji tebal dan angin kencang boleh mengurangkan jarak penglihatan secara mendadak, manakala suhu terasa (wind chill) di beberapa kawasan dijangka turun ke paras berbahaya.
Ribut itu menambah tekanan kepada komuniti yang sudah pun terjejas oleh beberapa episod cuaca ekstrem musim sejuk tahun ini, ketika pihak berkuasa tempatan bersiap sedia membuka pusat perlindungan dan meningkatkan tindak balas kecemasan.