DUNIA
Sebahagian pekerja yang direhatkan sementara mungkin tidak terima gaji tertunggak - Trump
Trump terus menyalahkan Demokrat atas kebuntuan penutupan itu, pemimpin Demokrat pula menyalahkan Republikan. - Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata sebahagian pekerja persekutuan yang direhatkan sementara mungkin tidak akan menerima bayaran gaji tertunggak apabila kerajaan dibuka semula, susulan ancaman sebelum ini untuk memberhentikan pekerja persekutuan semasa penutupan kerajaan, lapor Xinhua.
"Saya katakan ia bergantung pada siapa yang kita maksudkan. Saya boleh katakan kepada anda, Demokrat meletakkan ramai orang dalam risiko besar, tetapi ia benar-benar bergantung kepada siapa yang dimaksudkan," kata Trump di Pejabat Oval Rumah Putih.
"Tetapi secara keseluruhan, kami akan menjaga rakyat kami. Ada sesetengah orang yang memang tidak layak dijaga dan kami akan uruskan mereka dengan cara yang berbeza," katanya.
Presiden AS itu tidak memberikan butiran lanjut tentang pekerja persekutuan yang mungkin tidak menerima bayaran tertunggak.
Terdahulu pada hari sama, Axios melaporkan pekerja persekutuan yang direhatkan sementara tidak dijamin menerima pampasan bagi tempoh mereka dipaksa bercuti semasa penutupan kerajaan, memetik draf memo Rumah Putih.
Sementara Trump terus menyalahkan Demokrat atas kebuntuan penutupan itu, pemimpin Demokrat pula menyalahkan Republikan.
"Republikan yang menutup kerajaan dan bukannya memperbaiki sistem kesihatan untuk rakyat Amerika di seluruh negara ini," kata Pemimpin Minoriti Senat Chuck Schumer di platform media sosial X.
Selepas penutupan kerajaan sebelum ini yang berlangsung selama 35 hari dan berakhir pada Januari 2019, Trump menandatangani undang-undang yang menjamin bayaran gaji tertungak untuk pekerja persekutuan yang terjejas dalam mana-mana penutupan kerajaan akan datang.
Sebelum undang-undang itu diluluskan, Kongres AS lazimnya meluluskan bayaran gaji tertunggak untuk pekerja persekutuan selepas rang undang-undang pembiayaan diluluskan bagi membuka semula kerajaan.
Menurut analisis Pejabat Belanjawan Kongres minggu lalu, kira-kira 750,000 pekerja persekutuan dijangka direhatkan sementara sepanjang penutupan kali ini.
Pekerja persekutuan yang dianggap penting seperti pengawal trafik udara dan pegawai penguat kuasa undang-undang akan terus bekerja tanpa gaji sehingga kerajaan dibuka semula.
Setiausaha Pengangkutan AS Sean Duffy berkata pada Isnin bahawa penutupan kerajaan menambah tekanan kepada pengawal trafik udara yang sudah terlalu dibebani kerja.
-- BERNAMA