awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebut sahaja 'bom', sedia hadapi tuntutan ganti rugi

Bernama
Bernama
04/04/2017
09:04 MYT
Sebut sahaja 'bom', sedia hadapi tuntutan ganti rugi
Imej berikut menunjukkan Lapangan Terbang Soekarno Hatta di Jakarta, Indonesia. - Gambar fail
Mulai sekarang, sebut sahaja "bom" sekalipun bergurau ketika di lapangan terbang atau dalam pesawat, anda berkemungkinan menghadapi tuntutan ganti rugi, yang mungkin besar jumlahnya di Indonesia.
Pengurusan lapangan terbang dan syarikat penerbangan berhak membuat tuntutan ganti rugi kerana kerugian besar yang ditanggung akibat gurauan yang mencetuskan kejutan kepada banyak orang dan pihak.
Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan, Agus Santoso berkata, "Bagi yang bercanda dengan mengatakan membawa bom atau apapun hingga membuat operasi terganggu, lapangan terbang dan syarikat penerbangan boleh menuntut ganti rugi."
Tuntutan ganti rugi ini bagi memberi pengajaran kepada mereka yang terlibat.
Agus berkata, akibat gurauan itu, syarikat penerbangan mengalami kerugian masa kerana semua penerbangan terpaksa ditunda bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.
"Syarikat penerbangan juga harus cari pesawat lain untuk segera mengangkut penumpang dan kesemua penumpang bersama kru juga mengalami kerugian waktu," katanya sebagaimana dilaporkan media.
Beliau berkata gurauan mengenai bom oleh penumpang pesawat semakin menjadi-jadi di Indonesia walaupun pihak berkuasa pernah menahan beberapa individu yang berbuat demikian sebelum ini.
Pada Mac lepas sahaja terdapat dua kes gurauan mengenai bom di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan yang mengakibatkan lapangan terbang itu gempar dan penerbangan terganggu.
Sementara itu, Ketua Eksekutif syarikat penerbangan nasional PT Garuda Indonesia, Arif Wibowo berkata, memang wajar syarikat penerbangan membuat tuntutan ganti rugi memandangkan betapa bahayanya gurauan seumpama itu.
Beliau dipetik sebagai berkata, sememangnya menjadi prosedur syarikat penerbangan menangguh penerbangan jika terdapat gurauan seperti itu kerana tidak mahu mengambil risiko dan khuatir jika bom benar-benar wujud. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agus Santoso
#bom
#Indonesia
#lapangan terbang
#syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan