BARACK Obama mengucapkan tahniah kepada Joe Biden selepas dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
Pada masa sama, bekas Presiden Amerika Syarikat itu turut memberi ucapan sama kepada Naib Presiden wanita pertama, Kamala Harris.
"Pada pilihan raya ini, jumlah keluar mengundi rakyat Amerika tidak pernah seperti ini selama ini.
"Selepas pengiraan undi, Biden dan Harris memperoleh kemenangan yang bersejarah," katanya dalam satu kenyataan.
Malah, tambahnya, sejak awal lagi Biden telah membawa personaliti seorang Presiden yang diperlukan rakyat Amerika Syarikat.
"Kami bernasib baik kerana Biden ada apa yang diperlukan untuk menjadi seorang Presiden dan sudah membuktikannya sejak dari mula.
"Oleh sebab beliau akan memasuki White House Januari ini, beliau bakal menempuh cabaran yang luar biasa, iaitu pandemik, ketidaktentuan ekonomi, risiko demokrasi dan isu iklim," ujarnya.
Justeru, Obama menyeru rakyat Amerika agar memberikan peluang dan sokongan kepada Biden dalam usaha membangunkan negara Uncle Sam itu.
"Keputusan pilihan raya pada setiap peringkat menunjukkan negara ini berpecah.
"Ia bukan sahaja berada di bahu Biden dan Harris, tetapi juga kita semua, untuk memainkan peranan masing-masing bertindak di luar zon selesa, mendengar antara satu sama lain, mengurangkan suhu ketegangan dan mencari titik persamaan untuk mara ke hadapan.
"Setiap antara kita perlu bergerak sebagai sebuah negara," kata beliau.
Selain itu, Obama melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang bekerja keras sepanjang kempen bagi memastikan kemenangan Biden.
"Demokrasi memerlukan kita semua. Saya dan Michelle akan melihat ke hadapan untuk menyokong Presiden dan First Lady Amerika Syarikat seterusnya," ujarnya.
Astro Awani
Sun Nov 08 2020
Barack Obama mengucapkan tahniah kepada Joe Biden selepas dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu. - Foto Instagram barackobama
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
COVID-19: Obama kritik pemimpin AS ambil mudah respon rakyat
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengkritik pemimpin negara itu yang mengambil mudah respon oleh rakyatnya susulan penularan pandemik COVID-19.