DUNIA
AS sekat diplomat Iran beli-belah di rangkaian pasar raya besar, barangan mewah

Jabatan Negara AS menyatakan pergerakan delegasi Iran turut dihadkan hanya di kawasan yang diperlukan bagi berulang-alik ke dan dari ibu pejabat PBB untuk menjalankan urusan rasmi mereka. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) telah melarang diplomat Iran yang menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York daripada membeli-belah di rangkaian pasar raya besar seperti Costco dan membeli barangan mewah, menurut Jabatan Negara AS pada Isnin, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap diplomat Iran yang menghadiri UNGA di New York, termasuk larangan membeli-belah di rangkaian pasar raya besar seperti Costco dan pembelian barangan mewah tanpa kelulusan Jabatan Negara.
- Pergerakan delegasi Iran turut dihadkan hanya untuk urusan rasmi ke dan dari ibu pejabat PBB, manakala pembelian barangan bernilai lebih US$1,000 dan kenderaan melebihi US$60,000 memerlukan kebenaran khas.
- Langkah ini merupakan sebahagian daripada tekanan maksimum terhadap Iran dan hanya dikenakan kepada diplomat Iran, menjadikannya satu-satunya negara yang disasarkan secara khusus dalam sekatan semasa UNGA.
Pejabat Misi Luar Negara jabatan itu juga memutuskan bahawa keahlian diplomatik di rangkaian pasar raya besar serta keupayaan diplomat membeli barangan seperti jam tangan, barangan kemas, beg tangan, dompet, minyak wangi, tembakau, arak dan kereta dianggap sebagai "faedah" yang memerlukan kelulusan kerajaan AS, menurut notis pejabat yang tersedia dalam talian.
Notis awam yang dijadualkan untuk disiarkan dalam Federal Register pada Selasa, menyatakan diplomat Iran dan tanggungan mereka mesti mendapatkan kelulusan Jabatan Negara sebelum "mendapatkan atau mengekalkan keahlian di mana-mana rangkaian pasar raya besar di Amerika Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada Costco, Sam's Club, atau BJ's Wholesale Club, dan memperoleh barangan daripada rangkaian pasar raya besar berkenaan melalui apa jua cara."
Selain itu, diplomat Iran di AS juga mesti mendapatkan kebenaran untuk membeli barangan bernilai lebih US$1,000 dan kenderaan bernilai lebih US$60,000, lapor media tempatan.
Langkah itu adalah yang terbaharu dalam siri sekatan visa pentadbiran Trump terhadap diplomat asing yang bertugas sebagai wakil di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Wakil negara anggota PBB, termasuk kira-kira 150 ketua negara dan kerajaan, berada di New York minggu ini untuk Minggu Peringkat Tinggi sesi ke-80 UNGA.
Iran merupakan satu-satunya negara yang diplomatnya disasarkan secara khusus, menurut The Associated Press.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami