awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan eksport komoditi: Indonesia tidak amal dasar protectionisme - Jokowi

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
25/06/2022
07:34 MYT
Sekatan eksport komoditi: Indonesia tidak amal dasar protectionisme - Jokowi
Indonesia nafi mengamalkan dasar protectionisme susulan langkah sekatan eksport komoditi utamanya ke luar negara termasuk minyak sawit.
INDONESIA nafi mengamalkan dasar 'protectionisme' susulan langkah sekatan eksport komoditi utamanya ke luar negara termasuk minyak sawit.
Jelas Presiden Joko Widodo, langkah berkenaan dibuat sebagai nilai tambah atau manfaat kepada rakyat Indonesia.
"Bukan. Saya rasa ia bukan protectionisme. Namun kita mahu nilai tambah ada di Indonesia. Nikel kita hentikan pada tahun 2020 kerana kita mahu membangunkan ekosistem industri agar lapangan kerja ada di Indonesia dan Indonesia akan memperoleh cukainya," katanya semasa temu bual dengan stesyen penyiaran CNBC.
Kata Jokowi lagi, negara republik itu sentiasa bersikap terbuka dengan mengalu-alukan kemasukan pelabur asing untuk bekerjasama dengan industri tempatan.
"Jika kita terus eksport bahan mentah itu, ia hanya memberikan nilai tambah kepada negara lain. Kita bagaimanapun bersikap terbuka. Jika pelabur mahu datang ke Indonesia, silakan.
"Mereka boleh bekerjasama usahawan kita, pihak swasta kita dan mereka juga boleh melakukannya sendiri di Indonesia. Maka bererti kita bersikap terbuka dan tidak protectionisme," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Jokowi berkata, Indonesia menyasarkan untuk memastikan harga minyak masak kembali kepada harga normal susulan langkah sekatan eksport minyak sawit sebelum ini.
"Jika itu boleh dicapai, maka kita akan buka semula sekatan minyak sawit itu. Itu yang kita lakukan dua minggu lalu. Apapun, rakyat kita didahulukan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Jokowi
#Joko Widodo
#komoditi
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan