Skip to main content

Dunia

Sekatan internet terhadap rakyat Iran hingga perang berakhir - Tehran

People visit the Grand Bazaar, ahead of the Iranian New Year, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, March 18, 2026. REUTERS/Alaa Al Marjani
Kira-kira 90 juta penduduk mempunyai akses hanya kepada kandungan yang diluluskan oleh kerajaan, manakala sebahagian daripada tentera dan elit politik boleh terus menggunakan internet tanpa sekatan. - Gambar/ Reuters

TEHRAN: Akses internet akan terus disekat kepada rakyat Iran ketika perang masih berlanjutan, jurucakap kerajaan Iran Fatemeh Mohajerani memberitahu penyiar negeri IRIB pada Selasa, lapor agensi berita Jerman dpa.

Mohajerani berkata walaupun kerajaan menyokong akses bebas, pertimbangan berbeza digunakan semasa perang.

Advertisement

Akses internet dihadkan di Iran sejak serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel bermula pada 28 Feb, iaitu gangguan paling lama pernah berlaku di negara itu.

Kira-kira 90 juta penduduk mempunyai akses hanya kepada kandungan yang diluluskan oleh kerajaan, manakala sebahagian daripada tentera dan elit politik boleh terus menggunakan internet tanpa sekatan.

Media Iran terus menerbitkan laporan di Telegram dan X yang disekat untuk penduduk.

Perdagangan dalam talian telah terhenti sekali gus menjejaskan ratusan ribu perniagaan.

-- BERNAMA-dpa

 

 

 

Must Watch Video