BEBERAPA sekolah di dunia yang menjadi perhatian disebabkan beberapa faktor di luar kebiasaan.

Malah ada yang sesetengahnya terpaksa ditempatkan di kawasan pergunungan yang paling tinggi dan lebih tinggi daripada gunung Everest.

Berikut beberapa sekolah yang mungkin anda tidak ketahui sebelum ini:


Sekolah tertinggi di dunia

Sekolah tertinggi di dunia terletak di Phuma Changtang, Tibet iaitu pada kedudukan 5,373 meter dari paras laut, iaitu 200 meter lebih tinggi daripada Gunung Everest.

Sekolah tertinggi di dunia terletak di Phuma Changtang, Tibet.

Sekolah tertua di dunia

Sekolah tertua di dunia ialah King’s School yang terletak di Canterbury, England.

Ia telah ditubuhkan pada 597 Tahun Masihi.


YouTube Suffolkfilms

Sekolah yang diperbuat daripada bahan kitar semula

Sebuah sekolah di Filipina diperbuat daripada botol yang dikitar semula.

Selain 9,000 botol kitar semula, ia turut dibina dengan menggunakan pasir, air dan jerami diisi di dalam botol bagi mengukuhkan struktur bangunan.


YouTube Al-Jazeera


Sekolah terbesar di dunia

Sekolah terbesar di dunia ialah City Montessori School di Lucknow, India yang mampu menempatkan lebih 32,000 pelajar.

Kompleks sekolah ini mempunyai 1,000 bilik darjah, 3,700 komputer dan ratusan ribu buku serta alat tulis.



YouTube Truly


Sekolah paling kecil di dunia

Pada tahun 2014, terdapat sebuah sekolah rendah di Turin, Itali yang hanya mempunyai seorang guru dan seorang anak murid sahaja.

Bilangan pelajar dan guru ini menjadikannya sekolah paling kecil di dunia.


Sumber Facebook WizarioLMS



Walau apapun jenis sekolah, ia tetap mampu melahirkan insan yang berguna jika pelajarnya bersungguh-sungguh meraih ilmu.