awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekumpulan gorila semakin pulih selepas hampir sebulan dijangkiti COVID-19

Reuters
Reuters
27/01/2021
01:00 MYT
Sekumpulan gorila semakin pulih selepas hampir sebulan dijangkiti COVID-19
Kesemua gorila itu dijangkiti strain baharu yang merebak dengan cepat. - Foto REUTERS
LOS ANGELES:Sekumpulan gorila di Zoo San Diego semakin pulih selepas dijangkiti COVID-19.
Kenyataan dari zoo berkenaan menyebut dua daripada kumpulan lapan gorila itu mula mengalami batuk pada 6 Januari, lapor Reuters.
Ujian terhadap najis yang dilakukan pada 11 Januari menunjukkan haiwan-haiwan itu dijangkiti virus yang menyebabkan COVID-19, dan mungkin berpunca daripada seorang pekerja yang dijangkiti virus berkenaan namun tidak bergejala.
Pekerja itu bagaimanapun sentiasa memakai peralatan perlindungan dan mengikuti protokol keselamatan COVID-19.
"Mereka dijangkiti strain baharu yang merebak dengan cepat, mula dikenal pasti di California baru-baru ini," kenyataan itu menyebut.
Kesemua gorila itu kemudiannya dikuarantin bersama.
Beberapa gorila dijangkiti strain baharu COVID-19. - Foto/Reuters
Beberapa gorila dijangkiti strain baharu COVID-19. - Foto/Reuters
Gorila tertua berusia 48 tahun, Winston, didiagnosis menghidap radang paru-paru dan penyakit jantung. Ia terpaksa dirawat dengan antibiotik dan terapi antibodi COVID-19 dari bekalan yang tidak dibenarkan untuk digunakan pada manusia.
"Doktor yang merawat Winston percaya antibodi mungkin menyumbang kepada kemampuannya mengatasi virus berkenaan," kata kenyataan itu lagi,
Zoo tersebut juga merancang untuk menggunakan versi vaksin COVID-19 yang tidak dikhususkan untuk manusia bagi melindungi haiwan di situ.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#gorila
#Zoo San Diego
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan