Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 13 rakyat Tunisia hilang selepas bot migran karam

FILE PHOTO: French gendarmes on a boat approach a group of migrants on an inflatable dinghy to accompany them as they leave the coast of northern France in an attempt to cross the English Channel to reach Britain as tougher migration controls were announced, from the beach of Petit-Fort-Philippe in Gravelines, near Calais, France, July 17, 2025. REUTERS/Gonzalo Fuentes/File Photo
Tunisia menjadi antara titik utama pelepasan migran yang berharap dapat tiba di Itali, khususnya pulau Lampedusa yang terletak berhampiran pantai Afrika Utara. - Gambar hiasan/REUTERS
Advertisement

TUNIS: Sekurang-kurangnya 13 rakyat Tunisia dilaporkan hilang selepas sebuah bot yang membawa migran karam di perairan Tunisia ketika dalam perjalanan menuju ke Itali, menurut sebuah pertubuhan hak migran.

Ketua pertubuhan berkenaan berkata dua individu berjaya diselamatkan selepas kejadian itu, manakala operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bagi mengesan mangsa lain yang masih hilang.

Insiden terbaru itu sekali lagi menyerlahkan risiko yang dihadapi migran yang cuba menyeberangi Laut Mediterranean untuk memasuki Eropah secara tidak sah.

Tunisia menjadi antara titik utama pelepasan migran yang berharap dapat tiba di Itali, khususnya pulau Lampedusa yang terletak berhampiran pantai Afrika Utara.

Pihak berkuasa Tunisia setakat ini belum mengeluarkan maklumat lanjut mengenai punca bot tersebut karam atau jumlah sebenar penumpang yang berada di atas bot berkenaan ketika kejadian berlaku.

Laluan Mediterranean Tengah kekal antara laluan migrasi paling berbahaya di dunia, dengan ribuan migran dan pelarian mempertaruhkan nyawa setiap tahun untuk mencari peluang kehidupan yang lebih baik di Eropah.

 

Must Watch Video

Advertisement