awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Remaja hilang di Machang ditemukan lemas - Bomba
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 50 maut serangan bom di masjid Afghanistan

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2021
22:27 MYT
Sekurang-kurangnya 50 maut serangan bom di masjid Afghanistan
Orang ramai memeriksa kemusnahan akibat serangan bom di sebuah masjid di Kunduz. - Foto AP/Abdullah Sahil
KABUL: Sekurang-kurangnya 50 terbunuh dalam serangan bom ke atas sebuah masjid di Afghanistan pada Jumaat.
Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku di Masjid Said Abad, Kunduz yang turut mencederakan lebih 100 jemaah.
Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut.
Daish menentang keras kerajaan Taliban yang kembali berkuasa di negara itu dan telah melancarkan beberapa serangan bom baru-baru ini terutamanya di kawasan barat Afghanistan.
Seorang pengebom bunuh diri dilaporkan meletupkan dirinya ketika jemaah sedang memasuki masjid berkenaan bagi menunaikan solat Jumaat.
Konflik Afghanistan | 100 terkorban dalam insiden letupan di masjid
Pihak berkuasa tempatan memberitahu Tolo News, lebih 300 jemaah berada di dalam masjid itu ketika kejadian.
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, serangan berkenaan merupakan yang ketiga minggu ini melibatkan institusi keagamaan.
Ahad lalu, serangan bom di sebuah masjid Kabul mengorbankan tujuh nyawa manakalah sebuah madrasah di Khost diserang kumpulan pengganas pada Rabu.
Topic Berkaitan
#serangan bom
#pengebom bunuh diri
#Taliban
#masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan