Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 883 dapatkan rawatan selepas gempa bumi di Cali, Colombia

colombia quake
Tiga kemudahan kesihatan terpaksa ditutup akibat kerosakan infrastruktur, dan semua hospital di Cali kini beroperasi hampir pada kapasiti maksimum. - AP
Advertisement

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 883 orang mendapatkan rawatan di bandar Cali, Colombia, selepas gempa bumi, kata Setiausaha Kesihatan bandar itu, German Escobar pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Setakat ini, 883 mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di hospital di Cali," kata Escobar menerusi platform X.

Pada masa sama, beliau berkata tiga kemudahan kesihatan terpaksa ditutup akibat kerosakan infrastruktur, sambil menambah bahawa semua hospital di Cali kini beroperasi hampir pada kapasiti maksimum.

Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter itu melanda pada pagi Isnin. Pusat gempa terletak berhampiran perbandaran San Jose del Palmar di wilayah Choco.

Gegaran turut dirasai di sebahagian besar kawasan Columbia serta negara jiran. Jumlah korban akibat gempa itu kini meningkat kepada 132 orang.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video

Advertisement