DUNIA
Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dalam kemalangan jalan raya di tengah Ecuador
Laporan rasmi mengesahkan mereka yang maut merangkumi kanak-kanak dan orang dewasa daripada tiga keluarga, dengan kesemua mayat dibawa ke bilik mayat di Guaranda, Bolivar.
QUITO: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala lebih 20 lagi cedera pada Ahad selepas sebuah bas terbalik di jalan di wilayah Bolivar, Ecuador, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Kejadian berlaku pada 1 tengah hari waktu tempatan apabila bas yang dalam perjalanan dari Simiatug ke Ambato itu terbabas lalu terjunam ke dalam gaung, lapor portal Expreso.
Pasukan penyelamat, bomba, polis dan tentera dikerah ke lokasi kejadian.
Laporan rasmi mengesahkan mereka yang maut merangkumi kanak-kanak dan orang dewasa daripada tiga keluarga, dengan kesemua mayat dibawa ke bilik mayat di Guaranda, Bolivar.
Mangsa yang cedera telah dipindahkan ke beberapa hospital untuk mendapatkan rawatan.
-- BERNAMA