awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 15 maut, 25 terperangkap dalam tanah runtuh di Sumatera Barat

Bernama
Bernama
27/09/2024
15:07 MYT
Sekurang-kurangnya 15 maut, 25 terperangkap dalam tanah runtuh di Sumatera Barat
Kejadian di Nagari Sungai Abu, mukim Hiliran Gumanti berlaku selepas hujan lebat di kawasan perlombongan haram yang menjejaskan kestabilan tanah. - X @ILordOfCruise
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan 15 pelombong maut dalam kejadian tanah runtuh yang melanda kawasan perlombongan haram di daerah Solok, wilayah Sumatera Barat pada Khamis.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara Abdul Muhari berkata, empat mayat telah dipindahkan setakat ini, manakala tiga mangsa yang cedera diselamatkan dan tujuh lagi masih dicari.
"Kejadian di Nagari Sungai Abu, mukim Hiliran Gumanti berlaku selepas hujan lebat di kawasan perlombongan haram yang menjejaskan kestabilan tanah," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ketua Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Solok (BPBD) Irwan Efendi, usaha mengesan mangsa yang terselamat telah dihalang oleh pelbagai cabaran, termasuk kekurangan isyarat telefon bimbit di kawasan itu.
Tanah runtuh berlaku pada 5 petang, Khamis, tetapi operasi mencari di tapak itu - lapan jam berjalan kaki kerana tiada akses kenderaan - tidak bermula sehingga Jumaat pukul 3 pagi waktu tempatan, dijalankan oleh penduduk tempatan dan penyelamat dengan sumber terhad.
"Tapak tanah runtuh terletak di sebuah lubang lombong lama yang telah ditinggalkan oleh pelombong sebelumnya," tambah Irwan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sumatera Barat
#tanah runtuh
#mangsa korban
#bencana alam
#perlombongan haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan