awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 15 maut dalam letupan di kawasan pasar di Dhaka

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2023
15:53 MYT
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam letupan di kawasan pasar di Dhaka
Letupan itu berlaku dalam bangunan tujuh tingkat, menyebabkan kerosakan teruk di dua tingkat. - Reuters
DHAKA: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera dalam satu letupan di kawasan pasar di ibu negara Bangladesh, Dhaka pada Selasa, kata seorang pegawai bomba tempatan, Dinomoni Sharma.
Menurutnya, letupan itu berlaku dalam bangunan tujuh tingkat, menyebabkan kerosakan teruk di dua tingkat bangunan tersebut.
Terdapat beberapa kedai menjual peralatan kebersihan dan barangan rumah dan Sebuah bas berhampiran bangunan rosak teruk dalam letupan itu.
Sharma memberitahu, jumlah kematian dijangka meningkat dan operasi menyelamat sedang dijalankan.
"Punca letupan masih dalam siasatan," katanya.
Imej dari tempat kejadian menunjukkan kerosakan teruk pada bangunan dan struktur berdekatan, dengan barang-barang bertaburan di sepanjang jalan.
ini merupakan siri letupan ketiga sepanjang lima hari di Bangladesh.
Pada Sabtu, tujuh maut dan beberapa lagi cedera susulan letupan sebuah loji oksigen di tenggara Bangladesh.
Manakala tiga terbunuh pada satu lagi letupan di Dhaka pada Ahad.
Topic Berkaitan
#Dhaka
#bangunan meletup
#maut
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan