DUNIA
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan Israel di Bandar Gaza
Lebih 57,000 rakyat Palestin dilaporkan terkorban sejak konflik bermula pada 7 Oktober 2023. - Foto AP
BAITULMUQADDIS: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah bangunan di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Jerman dpa.
Ringkasan AI
Agensi pertahanan awam yang dikendalikan Hamas pada Rabu memaklumkan bahawa bangunan yang terletak di kawasan al-Zeitoun, Bandar Gaza itu menempatkan keluarga pelarian dan tujuh daripada mangsa yang maut adalah kanak-kanak.
Dalam serangan udara berasingan, Pengarah Hospital Indonesia, Marwan Sultan bersama ahli keluarganya turut terkorban apabila kediaman mereka di Gaza dibedil, menurut Kementerian Kesihatan.
Menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza, lebih 57,000 rakyat Palestin telah terkorban sejak perang tercetus pada 7 Oktober 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 17 orang, termasuk tujuh kanak-kanak, terbunuh dalam serangan ke atas bangunan pelarian di al-Zeitoun, Gaza.
- Pengarah Hospital Indonesia di Gaza, Dr. Marwan Sultan, dan keluarganya turut maut dalam serangan berasingan yang menyasarkan kediaman mereka.
- Lebih 57,000 rakyat Palestin dilaporkan terkorban sejak konflik bermula pada 7 Oktober 2023.