DUNIA
Sekurang-kurangnya 18 dikhuatiri maut dalam letupan kilang peluru di Tennessee
Pasukan penguat kuasa mengawal pintu masuk ke kilang peluru Accurate Energetic Systems. -Foto Reuters
TENNESSEE: Sekurang-kurangnya 18 individu dilaporkan hilang dan dikhuatiri maut susulan letupan dahsyat di sebuah kilang peluru milik Accurate Energetic Systems di Bucksnort, Tennessee, Amerika Syarikat, pada pagi Jumaat.
Ringkasan AI
Letupan yang berlaku sekitar jam 8 pagi waktu tempatan itu memusnahkan keseluruhan struktur kilang dan gegarannya dirasai sejauh 20 batu dari lokasi kejadian.
Menurut Sheriff Daerah Humphreys, Chris Davis, insiden tersebut merupakan antara yang paling dahsyat sepanjang kerjayanya dalam pasukan keselamatan.
Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk memasuki kawasan kilang berikutan siri letupan sekunder yang tercetus selepas letupan utama.
Rakaman udara yang disiarkan media tempatan menunjukkan tapak kilang yang hangus, kenderaan terbakar dan tiada struktur yang tinggal.
Beberapa individu telah dikejarkan ke hospital berdekatan, namun jumlah kematian masih belum disahkan secara rasmi.
FBI dan Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan (ATF) telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan menyeluruh.
Kilang tersebut yang terlibat dalam pengeluaran serta penyimpanan bahan letupan untuk kegunaan ketenteraan dipercayai sedang beroperasi sepenuhnya ketika insiden berlaku.
Punca letupan masih belum dikenal pasti dan pihak berkuasa menggesa orang awam agar menjauhi kawasan kejadian bagi memudahkan operasi menyelamat dan siasatan.
Ringkasan AI
- Letupan dahsyat di kilang peluru Accurate Energetic Systems di Bucksnort, Tennessee menyebabkan sekurang-kurangnya 18 individu hilang dan gegaran dirasai sejauh 20 batu dari lokasi.
- Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran akibat letupan sekunder, sementara FBI dan ATF telah digerakkan untuk siasatan menyeluruh.
- Kilang yang terlibat dalam pengeluaran bahan letupan ketenteraan itu dipercayai sedang beroperasi penuh ketika insiden berlaku. Punca letupan masih belum dikenal pasti.
Letupan yang berlaku sekitar jam 8 pagi waktu tempatan itu memusnahkan keseluruhan struktur kilang dan gegarannya dirasai sejauh 20 batu dari lokasi kejadian.
Menurut Sheriff Daerah Humphreys, Chris Davis, insiden tersebut merupakan antara yang paling dahsyat sepanjang kerjayanya dalam pasukan keselamatan.
Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk memasuki kawasan kilang berikutan siri letupan sekunder yang tercetus selepas letupan utama.
Rakaman udara yang disiarkan media tempatan menunjukkan tapak kilang yang hangus, kenderaan terbakar dan tiada struktur yang tinggal.
Beberapa individu telah dikejarkan ke hospital berdekatan, namun jumlah kematian masih belum disahkan secara rasmi.
FBI dan Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan (ATF) telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan menyeluruh.
Kilang tersebut yang terlibat dalam pengeluaran serta penyimpanan bahan letupan untuk kegunaan ketenteraan dipercayai sedang beroperasi sepenuhnya ketika insiden berlaku.
Punca letupan masih belum dikenal pasti dan pihak berkuasa menggesa orang awam agar menjauhi kawasan kejadian bagi memudahkan operasi menyelamat dan siasatan.

#kilang peluru
#Accurate Energetic Systems
#Bucksnort Tennessee
#pengeluaran bahan letupan ketenteraan