DUNIA
Sekurang-kurangnya 19 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Serangan menyasarkan kawasan kediaman dan sekolah, termasuk kem pelarian dan khemah orang awam, menyebabkan kematian dan kecederaan serius. -Gambar fail/AP
GAZA: Sekurang-kurangnya 19 rakyat Palestin terbunuh pada awal pagi Sabtu apabila tentera Israel melancarkan beberapa siri serangan udara dan serangan artileri di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.
Ringkasan AI
Di Bandaraya Gaza, serangan artileri Israel menyasarkan kawasan Zarqa di timur, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan beberapa yang lain cedera.
Lima rakyat Palestin turut terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila tentera Israel mengebom Sekolah Al-Shafi'i di kawasan Asqoula di Zaytoun, tenggara Bandaraya Gaza.
Di tengah Gaza, dron Israel menyerang sebuah rumah di kem pelarian Al-Bureij, membunuh dua orang dan mencederakan beberapa yang lain.
Dalam serangan berasingan, dua rakyat Palestin terbunuh apabila pesawat perang Israel menyasarkan sebuah rumah di kem Al-Maghazi, dengan mangsa dihantar ke Hospital Al-Aqsa Martyrs.
Serangan paling buruk berlaku di Al-Mawasi, barat Khan Younis apabila tentera Israel menyerang khemah yang menempatkan orang awam yang kehilangan tempat tinggal, mengakibatkan tujuh orang terbunuh dan lebih 10 yang lain cedera dalam insiden yang digambarkan penduduk sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Di lokasi lain di Khan Younis, seorang bapa dan anak lelaki tunggalnya maut dalam serangan udara di barat bandar itu.
Sejak 7 Oktober 2023, serangan berterusan Israel ke atas Gaza, yang dikecam secara meluas oleh kumpulan hak asasi manusia sebagai kempen genosid, telah mengakibatkan lebih 192,000 rakyat Palestin terbunuh dan cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Konflik itu juga telah menyebabkan lebih 10,000 orang hilang, ratusan ribu kehilangan tempat tinggal dan menyebabkan kebuluran yang meragut nyawa ramai orang awam termasuk puluhan kanak-kanak.
Walaupun Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan masyarakat antarabangsa menggesa supaya tindakan ketenteraan dihentikan, Israel terus melancarkan serangan, menyebabkan penderitaan kemanusiaan yang belum pernah berlaku sebelum ini di Gaza.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 19 rakyat Palestin terbunuh dalam siri serangan udara dan artileri oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza pada awal pagi Sabtu.
- Serangan menyasarkan kawasan kediaman dan sekolah, termasuk kem pelarian dan khemah orang awam, menyebabkan kematian dan kecederaan serius.
- Sejak 7 Oktober 2023, konflik berterusan telah menyebabkan lebih 192,000 rakyat Palestin terbunuh atau cedera, dengan penderitaan kemanusiaan yang semakin parah walaupun gesaan antarabangsa untuk menghentikan keganasan.