awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh serangan ke atas sekolah di Uganda

Bernama
Bernama
17/06/2023
16:08 MYT
Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh serangan ke atas sekolah di Uganda
Pasukan Pertahanan Rakyat Uganda (UPDF) sedang giat memburu pemberontak Allied Democratic Forces (ADF) di kawasan barat negara yang bersempadanan dengan Republik Demokratik Congo (DRC) selepas 37 orang pelajar terbunuh di negara itu. - Foto AP
MOSCOW: Pasukan Pertahanan Rakyat Uganda (UPDF) sedang giat memburu pemberontak Allied Democratic Forces (ADF) di kawasan barat negara yang bersempadanan dengan Republik Demokratik Congo (DRC) selepas 37 orang pelajar terbunuh di negara itu, lapor Xinhua.
Pemberontak ADF dipercayai berundur ke Taman Negara Virunga di DRC, kata jurucakap tentera, Felix Kulayigye kepada Xinhua melalui telefon.
"Kami akan menangkap mereka di mana sahaja mereka berada" demi menyelamatkan nyawa pelajar yang diculik oleh pemberontak, kata Kulayigye.
Menurut laporan sebelum ini, serangan pengganas ke atas sebuah sekolah menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang meninggal dunia, menurut polis Uganda pada Sabtu.
"Malam tadi, pemberontak ADF telah menyerang sebuah sekolah menengah Lhubirira, di Mpondwe, yang terletak kira-kira 2 km [1.2 batu] dari sempadan DRC. Asrama telah dibakar dan stok makanan telah dirampas," menurut ciapan polis.
Lapan lagi mangsa telah dibawa ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
--BERNAMA-Agencies
Topic Berkaitan
#serangan pengganas
#sekolah
#Uganda
#ADF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan