awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 40 terbunuh akibat Taufan Kalmaegi di Filipina

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2025
21:30 MYT
Sekurang-kurangnya 40 terbunuh akibat Taufan Kalmaegi di Filipina
Kereta bertindih antara satu sama lain selepas banjir akibat Taufan Kalmaegi melanda bandar Cebu, tengah Filipina. - Foto AP
CEBU: Sekurang-kurangnya 40 orang dilaporkan maut dan ratusan ribu lagi terpaksa berpindah apabila Taufan Kalmaegi, antara yang terkuat tahun ini, melanda wilayah tengah Filipina.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 40 orang dilaporkan maut dan ratusan ribu lagi terpaksa berpindah apabila Taufan Kalmaegi, atau Tino, melanda wilayah tengah Filipina, terutama pulau Cebu yang menjadi lokasi paling terjejas.
  • Rakaman video menunjukkan penduduk terkandas di atas bumbung, dengan angka kematian yang dijangka terus meningkat.
  • Banjir menjadi ancaman utama kepada keselamatan penduduk, sementara hampir 400,000 orang telah dipindahkan dari laluan taufan, menjadikan Cebu sekali lagi pusat bencana selepas gempa bumi pada September lalu.

Taufan yang dikenali secara tempatan sebagai Tino itu membanjiri kawasan luas termasuk seluruh bandar di pulau Cebu, lokasi paling terjejas dengan jumlah korban tertinggi.
Pihak berkuasa menjangkakan angka kematian akan terus meningkat.
Rakaman video menunjukkan penduduk terkandas di atas bumbung, manakala kereta dan kontena dihanyutkan arus deras.
Di Mindanao, sebuah helikopter tentera yang dihantar untuk misi bantuan terhempas berhampiran Agusan del Sur, mengorbankan enam anak kapal.
Walaupun kekuatan taufan mula berkurang selepas mendarat awal pagi Selasa, ia masih membawa angin kencang melebihi 130 km/j dan dijangka melintasi Kepulauan Visayas sebelum bergerak ke Laut China Selatan.
Gabenor wilayah Cebu, Pamela Baricuatro, menyifatkan keadaan sebagai “belum pernah berlaku,” dengan banjir menjadi ancaman utama kepada keselamatan penduduk.
Kebanyakan kematian dilaporkan akibat lemas, dan banjir lumpur telah merosakkan kediaman serta memerangkap penduduk di dalam rumah.
Hampir 400,000 orang telah dipindahkan dari laluan taufan, menurut Pejabat Pertahanan Awam Filipina. Cebu, yang sebelum ini dilanda gempa bumi kuat pada 30 September, kini sekali lagi menjadi pusat bencana.
Filipina secara purata dilanda 20 ribut dan taufan setiap tahun. Taufan Kalmaegi hadir hanya sebulan selepas dua taufan berturut-turut, Ragasa (Nando) dan Bualoi (Opong), mengorbankan belasan nyawa dan merosakkan infrastruktur serta tanaman.
Taufan Kalmaegi kini dijangka menuju ke Vietnam, yang sedang mengalami hujan lebat luar biasa.
Topic Berkaitan
#Taufan Tino
#Kalmaegi
#angka korban
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan