awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 5 presiden, 10 speaker hadir pelantikan Presiden Terpilih Iran

Bernama
Bernama
22/07/2024
13:57 MYT
Sekurang-kurangnya 5 presiden, 10 speaker hadir pelantikan Presiden Terpilih Iran
Seorang ahli lembaga pengerusi Parlimen Iran berkata lima presiden dan 10 speaker Parlimen akan menghadiri majlis pelantikan Presiden Terpilih Dr Masoud Pezeshkian. - Gambar fail/AP
TEHRAN: Seorang ahli lembaga pengerusi Parlimen Iran berkata lima presiden dan 10 speaker Parlimen akan menghadiri majlis pelantikan Presiden Terpilih Dr Masoud Pezeshkian, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Bercakap kepada IRNA, ahli Presidium Dewan Perundingan Islam Mojtaba Yousefi berkata senarai itu sedang dilengkapkan dan pasti akan berubah.
Beliau menyatakan bahawa majlis pengesahan akan diadakan di hadapan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei serta pegawai kerajaan dan tentera, pada 28 Julai.
Majlis pelantikan Pezeshkian akan diadakan di hadapan Ketua Mahkamah Agung Iran, ahli Majlis Penjaga dan Ketua Badan Kehakiman di Parlimen Iran pada 30 Julai, tambahnya.
Menurut keputusan akhir yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri Iran, Pezeshkian dipilih sebagai presiden kesembilan Republik Islam dengan 16,384,403 undi daripada jumlah keseluruhan 30,530,157 undi.
Pezeshkian, 69, pernah berkhidmat sebagai naib speaker Parlimen ke-10 dan menteri kesihatan negara semasa pentadbiran bekas presiden Mohammad Khatami.
Pilihan raya awal telah diadakan pada 28 Jun di seluruh Iran dengan penyertaan empat calon.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden
#Speaker
#Majlis Pelantikan
#Presiden Terpilih Iran
#Dr Masoud Pezeshkian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan