DUNIA
Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam letupan kereta di ibu negara India - Laporan
Berdasarkan maklumat terkini, letupan berlaku berhampiran pintu masuk No. 1 stesen metro Red Fort di Delhi pada 6.55 petang waktu tempatan. - Reuters
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam satu letupan berhampiran stesen metro Red Fort di Delhi, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik penyiar India News 18 pada Isnin.
Terdahulu pada hari yang sama, penyiar India NDTV melaporkan dengan memetik pihak polis bahawa sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 11 cedera dalam letupan kuat itu.
Berdasarkan maklumat terkini, letupan berlaku berhampiran pintu masuk No. 1 stesen metro Red Fort di Delhi pada 6.55 petang waktu tempatan (1.25 tengah hari GMT).
Akibat letupan itu, tiga atau empat kereta berhampiran terbakar dan rosak. Kira-kira 15 jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian, manakala polis menutup keseluruhan kawasan. Lalu lintas di kawasan itu turut dihadkan.
Punca sebenar letupan itu masih belum diketahui.
-- BERNAMA