DUNIA

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, beberapa cedera dalam letupan gas di Kaherah

Bernama 12/12/2025 | 01:45 MYT
Letupan dilaporkan turut menyebabkan kerosakan pada struktur bangunan berhampiran. - Gambar hiasan
KAHERAH: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa lagi cedera selepas letupan gas mengakibatkan sebuah bangunan runtuh di wilayah Giza berhampiran Kaherah pada Khamis, lapor Xinhua memetik kenyataan rasmi dan laporan media tempatan.

Letupan yang berlaku di daerah Imbaba itu menyebabkan sebuah bangunan kediaman runtuh, menurut kenyataan Kementerian Petroleum Mesir.

Ia dipercayai berpunca daripada kebocoran gas daripada sebuah silinder gas petroleum cecair di dalam sebuah pangsapuri.

Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca sebenar kejadian, menurut kenyataan itu.

Media tempatan melaporkan bahawa letupan turut menyebabkan kerosakan pada struktur bangunan berhampiran.

-- BERNAMA

#Mesir #letupan #bangunan runtuh #kebocoran gas