awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Selamatkan diri dan lindungi diri anda daripada sebarang risiko' - Abe Shinzo

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
12/10/2019
05:01 MYT
'Selamatkan diri dan lindungi diri anda daripada sebarang risiko' - Abe Shinzo
Pada masa sama kerajaan juga menggesa orang ramai untuk memastikan bekalan mencukupi dan meninggalkan kawasan yang berbahaya segera. - Foto: AP/Toru Hanai
Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo menggesa rakyat negara itu untuk menyelamatkan diri segera sebelum ribut taufan melanda negara itu.
Taufan Hagibis dijangka membawa hujan dengan 80 sentimeter dan angin kencang yang akan menyebabkan kerosakan di sekitar Tokyo dan pantai pasifik Jepun hujung minggu ini.
“Kepada warga Jepun, terdapat risiko hujan lebat dan angin kencang. Pastikan anda selamatkan diri dan melindungi diri dari segala risiko. Pastikan anda cari tempat berteduh segera sebelum hari gelap dan taufan bertambah kuat.
“Pasukan keselamatan seperti polis, bomba dan pihak penyelamat pantai pasifik sudah bersiap sedia. Kira-kira 17,000 tenaga di Kanto dan Shizuoka juga sudah bersiap sedia untuk lakukan kerja-kerja menyelamat, katanya dalam satu kenyataan rasmi.
Pada masa sama, kerajaan juga menggesa orang ramai untuk memastikan bekalan mencukupi dan meninggalkan kawasan yang berbahaya segera.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk kekal dalam kediaman mereka untuk mengelak dari sebarang risiko.
Sebelum ini, media melaporkan beberapa perlawanan, program, perkhidmatan penerbangan dan kereta api terpaksa dibatalkan susulan taufan itu.
Topic Berkaitan
#bomba
#Jepun
#kerajaan
#keselamatan
#menteri
#Perdana Menteri
#polis
#rakyat
#Shinzo Abe
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan