awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor berusaha kukuhkan kehadiran di peringkat global menerusi perniagaan, pendidikan

Bernama
Bernama
25/09/2023
11:41 MYT
Selangor berusaha kukuhkan kehadiran di peringkat global menerusi perniagaan, pendidikan
Amirudin berkata Selangor berhasrat untuk membuka potensi penuh syarikat-syarikatnya dengan memanfaatkan kepakaran dan keupayaan mereka untuk meluaskan lagi jangkauan mereka ke pasaran antarabangsa. - Gambar fail/Bernama
JAKARTA: Kerajaan negeri Selangor sedang giat mengenal pasti peluang bagi meningkatkan kehadirannya di persada antarabangsa dalam bidang perniagaan dan pendidikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata Selangor berhasrat untuk membuka potensi penuh syarikat-syarikatnya dengan memanfaatkan kepakaran dan keupayaan mereka untuk meluaskan lagi jangkauan mereka ke pasaran antarabangsa.
Syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan anak syarikatnya, Worldwide Holdings Bhd (WHB) bersama Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS).
KPS ialah syarikat pemegangan pelaburan dengan pelaburan utama dalam sektor pembuatan, manakala WHB menyediakan perkhidmatan pengurusan alam sekitar dan pembangunan hartanah.
"Saya percaya bahawa dengan memanfaatkan potensi ini dan mewujudkan hubungan yang kukuh, kami dapat memperkenalkan produk kami dengan lebih berkesan," katanya kepada media selepas sesi dialog bersama diaspora Malaysia di sini malam tadi.
Turut hadir pada majlis itu ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin.
Dalam pada itu, Amirudin menjelaskan Universiti Islam Antarabangsa Selangor menonjol sebagai institusi pengajian tinggi yang menarik minat ramai pelajar Indonesia untuk mengikuti program Sarjana dan doktor falsafah (PhD).
"Saya yakin bahawa hubungan lama yang terjalin ini boleh diperkukuhkan lagi," kata Amirudin.
Oleh itu, beliau berharap persamaan budaya dan persefahaman antara kedua-dua negara, serta kerjasama daripada komuniti Malaysia yang tinggal di Indonesia, dapat membantu Selangor meneroka potensi dan peluang ekonomi negeri.
Beliau juga berkongsi maklumat tentang arah tuju dan dasar baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor semasa sesi dialog itu.
Ini termasuk Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, Ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga, Pelan Induk Perindustrian Baharu, dan Rancangan Selangor Pertama.
Amirudin berada di sini sebagai memenuhi jemputan ke Pesta Buku Antarabangsa Indonesia, sekaligus mempromosikan perpustakaan awam Selangor.
Pesta buku yang dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Indonesia itu bertujuan untuk menarik 55,000 pengunjung dengan penyertaan 150 penerbit, syarikat, dan institusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#persada antarabangsa
#PKNS
#pembangunan hartanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan