AS selar kenyataan menteri Israel supaya hapuskan perkampungan Palestin

Bernama
Mac 2, 2023 03:55 MYT
Smotrich (gambar) berkata Huwara harus "dihapuskan" selepas keganasan yang meletus susulan insiden pembunuhan dua beradik rakyat Israel. - REUTERS
WASHINGTON: Amerika Syarikat menyelar kenyataan Menteri Kewangan Israel supaya menghapuskan perkampungan Huwara di Palestin dan menyifatkan ia sebagai "tidak bertanggungjawab" dan "menjijikkan".
"Sama seperti kami mengecam tindakan Palestin menghasut lakukan keganasan, kami juga mengutuk kenyataan provokasi ini yang sama seperti hasutan keganasan," lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap Jabatan Negara Ned Price.
Beliau menggesa Perdana Menteri Israel Netanyahu dan pegawai kanan yang lain untuk turut membantah kenyataan itu.
Menteri Kewangan Bezalel Smotrich berkata Huwara harus "dihapuskan" selepas keganasan yang meletus susulan insiden pembunuhan dua beradik rakyat Israel.
-- BERNAMA
#hapus Palestin #menteri Israel #Amerika kutuk #Bezalel Smotrich