awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selatan China siap sedia hadapi Taufan Yagi

Bernama
Bernama
06/09/2024
08:30 MYT
Selatan China siap sedia hadapi Taufan Yagi
Pemilik bot di wilayah Hainan sudah melabuhkan bot masing-masing di dermaga bagi menghadapi kemungkinan buruk Taufan Yagi. - AP
GUANGZHOU: Wilayah Guangdong di selatan China kini bersiap sedia menghadapi taufan Yagi, dengan aktiviti luar dihentikan serta penerbangan dan sesi persekolahan ditangguhkan buat sementara waktu.
Yagi, dengan kelajuan angin mencecah 209 kilometer sejam dijangka melanda bandar Wenchang di Hainan dan Daerah Xuwen di Guangdong pada petang Jumaat, lapor Xinhua.
Pada Jumaat, Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun di Guangdong membatalkan semua penerbangan ke Hainan dan Bandar Zhanjiang di Guangdong.
Lapangan Terbang Antarabangsa Zhanjiang Wuchuan turut menggantung semua penerbangannya.
Menurut jabatan pengurusan kecemasan Guangdong, lebih 2,600 tapak pembinaan menghentikan operasi, dengan kira-kira 74,000 orang dipindahkan.
Sementara itu, sebanyak 8,990 sekolah, tadika dan institusi pendidikan di wilayah itu ditutup buat sementara waktu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#taufan yagi
#China
#persiapan
#bencana alam
#angin kencang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan