DUNIA
Selatan Global bangkit sebagai kuasa baharu bentuk semula tadbir urus dunia
Penganalisis berkata peralihan ini mendorong seruan baharu untuk kepelbagaian pola kuasa, pertumbuhan saksama dan multilateralisme sebenar. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Tahun 2025 menyaksikan kebangkitan Selatan Global sebagai satu daripada kuasa paling signifikan membentuk semula politik dan ekonomi antarabangsa, apabila negara-negara membangun menggesa kepada pewujudan sebuah sistem tadbir urus global yang mempunyai lebih banyak perwakilan dan adil.
Ringkasan AI
Tidak lagi sekadar penerima pasif dasar yang ditentukan kuasa Utara, negara-negara merentasi Asia, Afrika, Amerika Latin dan Pasifik semakin menegaskan model pembangunan dan pengaruh diplomatik mereka sendiri.
Penganalisis berkata peralihan ini mendorong seruan baharu untuk kepelbagaian pola kuasa, pertumbuhan saksama dan multilateralisme sebenar.
Momentum ini tercermin dalam pengukuhan platform seperti BRICS, yang telah berkembang untuk merangkumi Indonesia, Iran, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Ethiopia, yang kini mewakili separuh populasi dunia.
Kumpulan itu terus memajukan agenda kolektif bertujuan mengimbangi dominasi Barat dalam struktur ekonomi global, berasaskan prinsip keterangkuman, perpaduan dan pembangunan mampan.
China, khususnya, terserlah dengan model pembangunannya yang menyepadukan pertimbangan ekologi dengan perancangan ekonomi. Pencapaiannya dalam pembasmian kemiskinan, pembangunan hijau dan inovasi teknologi dilihat banyak negara Selatan Global sebagai bukti laluan pembangunan yang mampu dilaksanakan di luar acuan Barat.
Pemerhati berkata wawasan Selatan Global untuk tadbir urus global berteraskan prinsip seperti multilateralisme sebenar, pembangunan saksama, dan penghormatan terhadap kedaulatan negara. Pendekatan ini menekankan kerjasama berasaskan manfaat bersama berbanding hierarki.
Mereka menyatakan peralihan kepimpinan ini mewakili lebih daripada sekadar pelarasan geopolitik - ia mencerminkan aspirasi lebih luas untuk orde global yang menegakkan maruah, kepelbagaian dan kemakmuran bersama.
Penglibatan Malaysia dengan Selatan Global
Ahli geostrategi Prof Dr Azmi Hassan berkata hubungan rapat Malaysia dengan Selatan Global, BRICS dan Kumpulan 20 (G20) berpunca daripada kebimbangan lama bahawa keputusan dibuat oleh segelintir ekonomi maju sering menjejaskan dunia membangun tanpa perundingan mencukupi.
Beliau berkata realiti ini menjelaskan mengapa Malaysia secara semula jadi tertarik kepada kumpulan alternatif, sambil menambah dominasi Utara Global dalam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Kumpulan 7 (G7) telah menyebabkan banyak negara membangun "disingkirkan atau diabaikan".
"Semasa Kepengerusi ASEAN oleh Malaysia baru-baru ini, negara itu tidak mendorong blok serantau itu memihak kepada mana-mana kuasa besar, sebaliknya menggalakkan semua negara anggota ASEAN mengekalkan dialog di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang memuncak, termasuk semasa pertikaian tarif yang melibatkan Amerika Syarikat," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, pendirian neutral Malaysia membantu mengukuhkan kredibiliti ASEAN dan menyumbang kepada rekod kehadiran pemimpin dunia di Sidang Kemuncak ASEAN, terkini.
Pakar geopolitik terkemuka Prof James Chin daripada Universiti Tasmania berkata penekanan Malaysia terhadap Selatan Global dapat dijejak kembali ke era Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini memperkukuh dan mengembangkan hala tuju strategik ini.
"Malaysia tidak meletakkan semua telur dalam satu bakul. Selain BRICS, kita sudah menjadi sebahagian daripada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), dan kita mengekalkan banyak perjanjian perdagangan bebas dan perkongsian strategik," katanya.
Penyertaan Brazil dan Afrika Selatan sebagai "Tetamu Pengerusi" semasa Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 menandakan penglibatan ASEAN yang meluas dengan negara BRICS dan G20.
Membentuk prospek strategik ASEAN
Penjajaran jangka panjang Malaysia dengan Selatan Global dijangka membentuk prospek strategik ASEAN dalam tahun-tahun mendatang, apabila rantau ini bersedia untuk persaingan kuasa besar yang semakin sengit, kerentanan mata wang dan tekanan meningkat untuk mengekalkan pemusatan ASEAN.
Dalam menggariskan hala tuju ke hadapan, strategi Selatan Global Malaysia meletakkan ASEAN untuk meluaskan perkongsian, mengukuhkan multilateralisme dan mengembangkan ruang geopolitik pada masa institusi global tradisional bergelut untuk mencerminkan kepentingan negara membangun.
Chin berkata pendekatan berterusan Malaysia kepada BRICS, G20 dan gabungan Selatan Global lain mencerminkan pendekatan berpandangan jauh yang bertujuan memberi ASEAN lebih banyak pilihan strategik dan mengurangkan kebergantungan berlebihan terhadap struktur dikuasai Barat seperti G7, IMF dan Bank Dunia.
"Minat Malaysia terhadap BRICS adalah sebahagian strategi jangka panjang. Apabila BRICS berkembang, kini mewakili kira-kira 25 peratus KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) global dan 45 peratus populasi dunia, pengaruhnya akan terus mencabar struktur ekonomi global sedia ada," katanya.
Beliau berkata penekanan BRICS yang semakin meningkat terhadap mekanisme kewangan alternatif, termasuk Bank Pembangunan Baharu dan inisiatif pengurangan penggunaan dolar, boleh menawarkan ASEAN alat baharu untuk mengurus risiko di tengah ketidakpastian baharu di Amerika Syarikat.
Satu laporan berita baru-baru ini menyatakan Selatan Global secara beransur-ansur menggalakkan pengurangan penggunaan dolar dengan memanfaatkan peranan ekonominya yang berkembang, mempromosikan penggunaan platform pembayaran alternatif seperti BRICS Pay.
Semakin banyak negara, terutamanya dalam BRICS dan ASEAN, mempromosikan penggunaan mata wang tempatan seperti Rupee India, Renminbi China, Ringgit Malaysia untuk perdagangan antarabangsa, sering melalui perjanjian dua hala dan akaun khas, seperti akaun Vostro India.
Cabaran Mendatang
Melihat ke hadapan, Chin berkata cabaran utama ASEAN akan termasuk mengekalkan kepusatannya, memajukan projek penyatuan ekonomi lama seperti Jendela Tunggal ASEAN dan mengurus perpecahan dalaman berhubung hubungan dengan China.
Beliau juga memberi amaran mengenai ketidakstabilan berterusan di Myanmar yang akan terus menjejaskan kredibiliti ASEAN, menyatakan kemajuan mengenai Konsensus Lima Perkara akan kekal sebagai ujian utama keberkesanan kumpulan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata kecenderungan jangka panjang Malaysia terhadap Selatan Global menawarkan ASEAN asas lebih luas untuk mengharungi ketidakpastian, memperdalam kerjasama dan meletakkan rantau ini sebagai pemain global yang lebih berpengaruh.
"Pada masa peralihan dinamik kuasa, dorongan strategik Malaysia untuk meluaskan perkongsian ASEAN memberikan pandangan penting untuk masa depan rantau ini," katanya.
Azmi juga berkata peranan baru-baru ini Malaysia dalam meluaskan platform penglibatan ASEAN, termasuk mengangkat Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan menjemput China, mencerminkan pandangan serantau yang lebih luas dan memfokuskan kepelbagaian perkongsian dan peluang ekonomi yang berkembang.
Beliau berkata pendekatan neutral dan berasaskan dialog Malaysia semasa Kepengerusian ASEAN dijangka kekal sebagai teras kepada sikap diplomatik rantau ini, terutamanya apabila Filipina mengambil alih peranan Pengerusi ASEAN tahun depan.
"Mereka akan mewarisi persekitaran di mana persaingan AS-China tidak berkurangan. Keneutralan, penglibatan dan keseimbangan akan terus menjadi alat paling penting ASEAN," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Selatan Global bangkit sebagai kuasa signifikan pada 2025, menekankan kepelbagaian kuasa, pertumbuhan saksama, dan multilateralisme sebenar dalam sistem tadbir urus global.
- Malaysia terlibat rapat dengan Selatan Global, BRICS, dan G20 kerana kebimbangan terhadap dominasi Utara Global dalam institusi kewangan antarabangsa.
- Penglibatan Malaysia dengan Selatan Global membentuk prospek strategik ASEAN, memberi akses kepada pilihan strategik baru dan mengurangkan kebergantungan terhadap struktur Barat tradisional seperti G7, IMF, dan Bank Dunia.