[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Selepas 4 tahun berperang, Daish akhirnya tewas di Syria

Agensi 24/03/2019 | 06:34 MYT
SDF yang disokong oleh Amerika Syarikat mengesahkan Daish telah tewas di Syria. - REUTERS
ANGKATAN DEMOKRATIK SYRIA (SDF) mengumumkan pada Sabtu bahawa Daish atau ISIS tidak lagi mengawal mana-mana kawasan di Syria, menandakan kekalahan kumpulan pengganas antarabangsa itu selepas hampir empat tahun berdepan dengan kuasa gabungan SDF yang disokong dengan kekuatan tentera Amerika Syarikat (AS).
Pertempuran lebih 10 minggu di bandar Baghouz, antara kawasan bawah kawalan Daish yang terakhir di Syria, disahkan telah berakhir apabila kawasan perkhemahan milik Daish telah dibom sepenuhnya, menurut laporan Al Jazeera.
Perkara itu disahkan oleh seorang jurucakap SDF, Mustafa Bali dalam satu muat naik ke Twitter yang menyatakan Daish telah tewas 100 peratus di tangan SDF.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun ia baru sahaja disahkan oleh SDF pada Sabtu, namun White House telah membuat pengumuman sendiri pada Jumaat melalui kenyataan oleh Presiden AS, Donald Trump.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, kejayaan ini tidak bermakna Daish tidak lagi berpengaruh dalam politik antarabangsa.
"Walaupun kami telah mengalahkan kuasa ISIS di Syria dan Iraq, masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk betul-betul hapuskan kuasa ISIS.
"ISIS atau Daish masih merupakan ancaman besar kepada keselamatan negara-negara di rantau tersebut, kepada Amerika Syarikat serta rakan sekutu kami," kata diplomat AS, William Roebuck di Syria pada Jumaat.
Kekalahan Daish di bandar-bandar Syria turut diraikan oleh pejuang bangsa Kurdistan yang kebanyakannya berjuang untuk pihak SDF, menurut tweet berikut:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Selepas berbulan senyap, ini reaksi pertama Daish berhubung tragedi serangan pengganas Christchurch
#Abu Bakar Al-Baghdadi #Amerika Syarikat #daish #Donald Trump #Iraq #ISIS #keselamatan #pengganas #Syria #Twitter #White House