awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM sasar haram vape tahun ini - Dzulkefly
Alat permainan seks dan motosikal 'moped' bernilai RM1.05 juta dirampas
REHDA gesa pengeluar dan pengilang kawal kos bahan binaan, elak jejas harga hartanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Delta, Omicron kini varian dominan di Filipina - Pegawai

Bernama
Bernama
11/01/2022
05:00 MYT
Selepas Delta, Omicron kini varian dominan di Filipina - Pegawai
Filipina mengalami gelombang keempat jangkitan COVID-19 sejak ia mula dikesan pada 2020. - Gambar fail/REUTERS
MANILA: Varian COVID-19 Omicron yang sangat mudah berjangkit telah mendahului Delta dan kini merupakan varian dominan di Filipina, kata Setiausaha Kesihatan Francisco Duque pada Isnin malam.
Dalam pertemuan prarakaman dengan Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang disiarkan lewat malam Isnin, Duque berkata penjujukan genom terbaharu menunjukkan lebih 60 peratus sampel adalah kes varian Omicron, menurut Xinhua.
Beliau berkata daripada penjujukan genom yang dijalankan pada 3 Jan, sekitar 60.42 peratus, atau 29 daripada 48 sampel adalah kes Omicron, manakala 18 atau 37.5 peratus adalah Delta.
Negara Asia Tenggara itu melaporkan 33,169 jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin, satu rekod baharu untuk peningkatan harian. Ia kini mempunyai hampir tiga juta kes yang disahkan, termasuk 52,293 kematian.
Negara itu mengalami gelombang keempat jangkitan COVID-19 sejak ia mula dikesan pada 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#Omicron
#jangkitan
#Rodrigo Duterte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan