DUNIA

Selepas Jakarta, London pula lumpuh akibat gangguan elektrik

Astro Awani 09/08/2019 | 22:56 MYT
Penumpang perkhidmatan kereta api terkandas di beberapa stesen utama. -AP
Hampir sejuta pengguna terjejas apabila gangguan bekalan elektrik melanda sebahagian besar wilayah di England dan Wales petang Jumaat.
Paling terjejas ialah pengguna yang menggunakan rangkaian pengangkutan di mana beratus penumpang dilaporkan terkandas di beberapa stesen utama.
Turut terjejas pengguna jalan raya apabila lampu isyarat tidak berfungsi.
Media tempatan melaporkan kejadian berpunca daripada gangguan sementara pada dua jana kuasa utama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gangguan yang bermula sekitar jam 5 petang waktu tempatan itu walau bagaimanapun berakhir lebih sejam kemudian.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#gangguan bekalan elektrik #penumpang terkandas #sebahagian besar wilayah di England dan Wales #sejuta pengguna terjejas