Selepas strawberi, jarum ditemui dalam epal di Australia

Bernama
September 18, 2018 08:30 MYT
Foto dari laporan The Seven Network. Menurut laporan itu, wanita itu menemui objek tersebut ketika memotong epal untuk dihidangkan kepada anak-anaknya pada Selasa.
Seorang ibu di Sydney terkejut selepas menemui jarum tersembunyi di dalam epal yang dibelinya di sebuah pasar raya utama di negara itu.
Menurut agensi berita Xinhua, The Seven Network melaporkan wanita itu menemui objek tersebut ketika memotong epal untuk dihidangkan kepada anak-anaknya pada Selasa.
"Saya terkejut dan tidak percaya ia boleh berlaku.Tidak pada epal, sebelum ini pernah lihat berita jarum dalam strawberi, sejak itu saya lebih berwaspada, tetapi tidak sangka kini dalam epal pula," katanya.

7 News can reveal a needle has been found inside an apple and police are now investigating. @RobertOvadia #7News pic.twitter.com/mebz1IekFf

— 7 News Sydney (@7NewsSydney) September 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan kejadian sama yang melanda industri buah strawberi, insiden itu disifatkan sebagai 'serangan ke atas buah-buahan', menimbulkan kemarahan pengguna Australia dan pihak berkuasa serta pengeluar sedang berusaha mencari jawapan kepada kejadian itu.
BACA: Jarum dalam strawberi, Australia tingkatkan siasatan
Di sebalik pengumuman mengenai siasatan oleh pihak persekutuan akan dijalankan, polis masih buntu mencari punca bagaimana ia boleh berlaku. Setakat ini, terdapat kes dilaporkan di setiap negeri di Australia.
Selain itu, polis Queensland turut mengesahkan terdapat objek logam ditemui di dalam pisang yang dibeli dari sebuah pasar raya.
Pada ketika negara itu masih berdepan isu strawberi, banyak pengeluar terpaksa membuang hasil pertanian, selepas negara seperti New Zealand melarang import ke atas buah tersebut. -- Bernama
#Australia #epal #jarum #sabotaj #strawberi