awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amerika akan tentukan syarikat minyak yang boleh beroperasi di Venezuela - Donald Trump
Liga Super: Jaringan lewat Hidalgo selamatkan maruah JDT
Tiga rumah terbakar di Kampung Kubang Buyung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas telan hampir 1,000 syiling, akhirnya Omsin si penyu 'Piggy Bank' pergi jua

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/03/2017
13:26 MYT
Selepas telan hampir 1,000 syiling, akhirnya Omsin si penyu 'Piggy Bank' pergi jua
Omsin dipercayai memakan syiling-syiling yang dibuang ke dalam sebuah kolam awam di wilayah Chonburi, di mana ia tinggal. - Foto Reuters
Piggy Bank, penyu yang sebelum ini menjalani pembedahan untuk mengeluarkan hampir 1,000 syiling dari dalam perutnya awal bulan ini, mati pagi ini.
Reuters melaporkan, satu kenyataan yang dikeluarkan pusat kesihatan dan kajian Hospital Chulalongkorn menyebut, haiwan itu mati tepat jam 10.10 pagi tadi.
Piggy Bank, yang juga dikenali dengan nama Omsin, sebelum ini menjalani pembedahan selama tujuh jam untuk membuang syiling seberat 5 kilogram di dalam perutnya.
Syiling yang terkumpul itu juga membuatkan cangkerang belakangnya meretak, yang menjadi salah satu punca mengapa pembedahan tersebut perlu dilakukan.
Penyu malang itu dipercayai memakan syiling-syiling yang dibuang ke dalam sebuah kolam awam di wilayah Chonburi, di mana ia tinggal.
Syiling-syiling itu dibuang ke dalam kolam berkenaan untuk meminta tuah (good luck), satu amalan biasa masyarakat di negara itu.
Sebelum ini, Omsin dilaporkan sembuh dengan baik dari pembedahan, namun keadaannya tiba-tiba menjadi lebih teruk hujung minggu lalu akibat jangkitan darah yang dipercayai berpunca daripada syiling-syiling yang ditelannya sebelum ini.
Topic Berkaitan
#mati
#Omsin
#penyu
#Piggy Bank
#syiling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan