awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selesema burung: China rekod jangkitan pertama manusia virus H3N8

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2022
01:15 MYT
Selesema burung: China rekod jangkitan pertama manusia virus H3N8
Terdapat pelbagai varian selesema burung di China yang biasanya menjejaskan ayam ternakan. - Foto fail/REUTERS
BEIJING: China telah merekodkan jangkitan pertama ke atas manusia bagi virus H3N8 selesema burung, pada Selasa.
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China bagaimanapun mendedahkan risiko ia merebak dalam kalangan manusia adalah rendah.
Katanya, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari wilayah Henan tengah dijangkiti varian itu selepas mengalami demam dan gejala lain pada 5 April.
Tambahnya, tiada kenalan rapat dijangkiti virus itu.
Kanak-kanak itu dipercayai menyentuh ternakan ayam dan burung gagak di rumahnya.
Varian H3N8 sebelum ini telah dikesan pada kuda, anjing, burung dan anjing laut tetapi tiada kes manusia H3N8 telah dilaporkan.
Suruhanjaya itu berkata penilaian awal menentukan varian itu belum mempunyai keupayaan untuk menjangkiti manusia secara berkesan dan risiko wabak berskala besar adalah rendah.
Tahun lepas China melaporkan kes pertama manusia H10N3.
China mempunyai populasi besar burung yang diternak dan liar dari pelbagai spesies, mewujudkan persekitaran yang ideal untuk virus burung bercampur dan bermutasi.
Topic Berkaitan
#selesama burung
#H3N8
#virus
#manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan