awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selesema semakin teruk: Warga Hong Kong diseru mengaku, jangan sorok

Razak Chik
Razak Chik
21/01/2020
16:06 MYT
Selesema semakin teruk: Warga Hong Kong diseru mengaku, jangan sorok
Pihak kesihatan Hong Kong pula mengeluarkan kenyataan agar warganya yang pulang dari China terutama dari Wuhan, agar jangan menyorok keadaan sebenar mereka sekiranya jatuh sakit selesema. - AP
HONG KONG mengambil langkah berjaga-jaga kemungkinan tercetus wabak selesema setelah China mengesahkan dua kematian di Guangdong berlaku akibat jangkitan dari manusia kepada manusia.
Sebelum ini, belum timbul kepastian tentang cara penyebaran kerana menyangkakan penularan itu terhad kepada pendedahan di pasar haiwan dan makanan lautan di kota Wuhan sahaja.
Di Geneva, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut mengumum akan bertindak lanjut.
Badan dunia itu bakal berbincang pada Rabu sama ada perlu mengisytihar darurat kesihatan antarabangsa – sama seperti tindakan yang diambil sewaktu wabak Ebola dan selesema babi tercetus satu masa dahulu.
Media tempatan CGTN melapor saintis Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China Zhon Nanshan, mengesahkan virus selesema yang mirip SARS dan diberi nama 2019 n-CoV ini mampu tersebar tanpa individu terlibat menjejak kaki dan pernah singgah di kota Wuhan.
Terkini, China sudah mencatat lebih 200 kes penularan termasuk kematian keempat pada Isnin. Mangsa berumur 89 tahun dan berasal dari Wuhan.
Sementara itu, Suruhanjaya Kesihatan Wuhan melapor sekurang kurangnya 15 pekerja kesihatan mengidap selesema, seorang dari mereka dalam keadaan kritikal.
Mereka disahkan pernah bertugas merawat pesakit selesema dan kini dirawat dalam keadaan kuarantin.
Sementara itu, pihak kesihatan Hong Kong pula mengeluarkan kenyataan agar warganya yang pulang dari China – terutama dari Wuhan, agar jangan menyorok keadaan sebenar mereka sekiranya jatuh sakit selesema.
Gabriel Leung, pengerusi Kesihatan Umum Hong Kong University mengesyorkan langkah kawalan mudah seperti kerap basuh tangan, amal tertib bersin serta pemakaian topeng mulut dan hidung.
Yang lebih penting, Leung menasihati agar orang awam jujur apabila merasa dilanda selesema. Menurutnya, masalah timbul apabila ada pesakit tidak mahu dikenakan kurungan dan rawatan kuarantin.
Hong Kong mengambil langkah mengawasi tahap kesihatan kesemua individu yang tiba ke pulau itu dari seluruh wilayah Hubei dan bukan hanya dari ibu kotanya, kota Wuhan.
Topic Berkaitan
#China
#Guangdong
#Influenza
#nCoV
#selesema
#WHO
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan