DUNIA
AS semak semula tarif perdagangan ke atas Kemboja kepada 36 peratus
Defisit perdagangan AS-Kemboja mencecah RM52 bilion pada 2024, dengan eksport utama Kemboja ke AS terdiri daripada pakaian, barangan perjalanan dan kasut. - Gambar hiasan/ Unsplash
PHNOM PENH: Amerika Syarikat (AS) telah menyemak semula tarif ke atas eksport Kemboja kepada 36 peratus berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Ringkasan AI
Kadar tarif baharu yang diumumkan Presiden Donald Trump pada Isnin itu merupakan pengurangan daripada 49 peratus yang dikenakan pada April lepas.
"Kami akan mengenakan tarif sebanyak 36 peratus sahaja ke atas semua produk Kemboja yang dihantar ke Amerika Syarikat, berasingan daripada semua tarif sektor.
"Barangan yang dihantar semula bagi mengelak tarif lebih tinggi akan tertakluk kepada tarif lebih tinggi itu," kata Trump dalam surat kepada Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, lapor portal dalam talian Fresh News.
Beliau berkata tarif itu dikenakan ke atas Kemboja bagi menghapuskan defisit perdagangan tidak seimbang terhadap AS.
Dalam surat itu, Trump berkata sekiranya syarikat Kemboja memutuskan untuk membina atau mengilang produk di Amerika Syarikat, mereka akan menerima kelulusan pantas daripada pihak berkuasa AS.
Menurut laman sesawang Wakil Perdagangan AS, perdagangan dua hala AS-Kemboja dianggarkan bernilai RM55 bilion (US$13 bilion) pada 2024.
Eksport Amerika Syarikat ke Kemboja berjumlah RM1.4 bilion (US$321.6 juta) manakala Kemboja mengeksport barangan bernilai RM53.8 bilion (US$12.7 bilion) tahun lalu.
Defisit perdagangan AS dengan Kemboja ialah kira-kira RM52 bilion (US$12.3 bilion) pada 2024.
Sebahagian besar barangan buatan Kemboja yang dieksport ke pasaran AS adalah pakaian, barangan perjalanan dan kasut.
Sementara itu, di rantau berkenaan, Myanmar dan Laos dikenakan tarif AS tertinggi iaitu 40 peratus.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat menyemak semula tarif eksport Kemboja kepada 36 peratus berkuat kuasa 1 Ogos, berbanding 49 peratus yang dikenakan pada April lalu, sebagai langkah mengurangkan defisit perdagangan.
- Presiden Donald Trump menyatakan bahawa barangan Kemboja yang dihantar semula untuk mengelak tarif akan tetap dikenakan kadar lebih tinggi, namun syarikat yang berpindah operasi ke AS akan menerima kelulusan pantas.
- Defisit perdagangan AS-Kemboja mencecah RM52 bilion pada 2024, dengan eksport utama Kemboja ke AS terdiri daripada pakaian, barangan perjalanan dan kasut, sementara Myanmar dan Laos dikenakan tarif tertinggi sebanyak 40 peratus.