awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga semakin berantakan, anak hantar notis peguam terhadap David Beckham
Konflik Sudan masuk hari ke-1,000, orang awam berdepan krisis kemanusiaan terburuk
BAM perlu lebih RM55 juta setahun - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakin ramai penduduk di Perancis tidak mampu makan 3 kali sehari - Tinjauan

Bernama
Bernama
07/09/2023
11:08 MYT
Semakin ramai penduduk di Perancis tidak mampu makan 3 kali sehari - Tinjauan
Semakin ramai penduduk di Perancis terpaksa mengurangkan kos untuk makanan dan kesihatan kesan daripada masalah kewangan yang dihadapi, menurut tinjauan baharu pada Rabu. - Gambar hiasan/REUTERS
PARIS: Semakin ramai penduduk di Perancis terpaksa mengurangkan kos untuk makanan dan kesihatan kesan daripada masalah kewangan yang dihadapi, menurut tinjauan baharu pada Rabu.
Menurut tinjauan Ipso yang dijalankan bagi pihak organisasi bantuan Secours Populaire (People's Relief), 32 peratus reponden tidak mampu untuk membeli makanan yang mencukupi atau makanan sihat bagi memenuhi keperluan makanan tiga kali sehari, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kebanyakan memilih untuk mengehadkan penggunaan daging, dengan 72 peratus mengatakan sekali-sekala sahaja menikmati daging.
Dalam tinjauan yang dijalankan selama dua hari bermula 17 Jun, Ipsos menemu bual 996 orang berumur 16 tahun ke atas melalui telefon.
Sebanyak 43 peratus daripada responden mengatakan mereka tidak lagi mampu untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
Peningkatan inflasi dan harga barangan yang melonjak menyebabkan ramai rakyat di Perancis kin i berada di bawah paras kemiskinan.
Sebanyak 53 peratus responden berkata mereka tidak boleh menyimpan dan 18 peratus lagi mempunyai baki negatif dalam akaun bank.
Sementara itu, 45 peratus rakyat Perancis berkata mereka tidak dapat membayar sekurang-kurangnya sebahagian daripada perbelanjaan perubatan.
Kuasa beli dan harga tinggi terus membimbangkan ahli politik dan rakyat.
Menteri Ekonomi Bruno Le Maire telah berulang kali mendesak syarikat makanan mengurangkan harga makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penduduk Perancis
#kos makanan
#tinjauan Ipso
#masalah kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan