Semakin ramai remaja di Itali alami tekanan mental - SIP

Bernama
Oktober 11, 2023 04:00 MYT
Peningkatan masalah mental dalam kalangan golongan muda mula dikesan sejak bermulanya wabak COVID-19 pada awal tahun 2020. - Gambar hiasan
ROM: Semakin ramai remaja di Itali menunjukkan simptom tekanan mental dan ketagihan kepada teknologi, menurut Persatuan Psikiatri Itali (SIP) pada Selasa, sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.
"Sekurang-kurangnya 700,000 remaja hari ini ketagih dengan Internet, rangkaian sosial dan permainan video. Semakin ramai juga didapati mengalami kebimbangan dan kemurungan," kata Presiden SIP Emi Bondi, lapor Xinhua.
Peningkatan masalah mental dalam kalangan golongan muda mula dikesan sejak bermulanya wabak COVID-19 pada awal tahun 2020.
Menurut pakar isu itu perlu ditangani segera dan langkah memupuk kesedaran dalam kalangan penduduk perlu untuk menyokong inisiatif kesihatan mental di negara ini.
-- BERNAMA
#tekanan mental #ketagihan kepada teknologi #Hari Kesihatan Mental Sedunia #COVID-19