DUNIA
Sembang dengan chatbot setiap hari undang kemurungan - Kajian AS
Rakyat Amerika yang berbual dengan kecerdasan buatan (AI) setiap hari berdepan kadar kemurungan jauh lebih tinggi daripada individu yang jarang menggunakan aplikasi itu. - Foto hiasan/REUTERS
ISTANBUL: Rakyat Amerika yang berbual dengan kecerdasan buatan (AI) setiap hari berdepan kadar kemurungan jauh lebih tinggi daripada individu yang jarang menggunakan aplikasi itu, lapor Anadolu Ajansi memetik kajian diterbitkan pada Rabu.
Ringkasan AI
"Tahap penggunaan AI yang lebih tinggi dikaitkan dengan peningkatan sederhana dalam simptom kemurungan," menurut penyelidik dalam JAMA Network Open, dengan menyatakan bahawa terdapat kemungkinan sekurang-kurangnya kemurungan sederhana melonjak 30 peratus dalam kalangan pengguna harian.
Tinjauan terhadap 20,847 individu dewasa AS yang dijalankan antara April dan Mei 2025 mendapati bahawa 10.3 peratus melaporkan penggunaan AI generatif harian, termasuk 5.3 peratus menggunakan chatbot beberapa kali sepanjang hari mereka.
Menurut kajian itu, pengguna muda kelihatan sangat terdedah kepada kesan kesihatan mental walaupun tidak jelas sama ada AI menyebabkan kemurungan atau individu yang tertekan hanya mencari lebih banyak interaksi digital.
Penyelidik menekankan bahawa kajian lanjut diperlukan untuk menentukan sama ada dapatan itu mempunyai sebab tertentu dan bagi mencari penjelasan mengapa terdapat kesan berbeza mengikut kumpulan umur.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dikaitkan dengan peningkatan simptom kemurungan, menurut kajian yang melibatkan 20,847 individu dewasa AS.
- Individu yang berinteraksi dengan AI secara harian mungkin mengalami peningkatan kemurungan sehingga 30 peratus berbanding dengan pengguna yang jarang menggunakan teknologi tersebut.
- Kajian menunjukkan pengguna muda lebih terdedah kepada kesan kesihatan mental, tetapi masih perlu kajian lanjut untuk memahami kesan sebenar AI terhadap kemurungan.