awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiket tren khas edisi Ramadan, Aidilfitri dijual mulai esok - KTMB
Kehadiran semula pemain warisan JDT bawa impak - Munoz
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan cedera dalam dua letupan bom di Selatan Thailand

Bernama
Bernama
13/12/2016
15:23 MYT
Sembilan cedera dalam dua letupan bom di Selatan Thailand
Tujuh anggota keselamatan dan dua orang awam cedera dalam kejadian letupan bom berasingan di Narathiwat dan Pattani hari ini. - Gambar fail
Tujuh anggota keselamatan dan dua orang awam cedera dalam kejadian letupan bom berasingan di Narathiwat dan Pattani hari ini.
Kejadian pertama berlaku di Kampung Air Keroh, Chanet di Narathiwat pada 3.30 petang tadi (waktu tempatan) menyebabkan enam anggota keselamatan dan dua awam cedera.
"Kejadian berlaku ketika sukarelawan keselamatan dari pejabat daerah Chanet itu mengiringi sekumpulan guru di daerah terbabit," kata Ketua Bahagian Siasatan Polis Chanet Lt Apichart Suni.
Menurutnya letupan itu berpunca daripada bom buatan sendiri seberat 20kg di dalam sebuah tong gas dan diaktifkan menerusi frekuensi radio.
Kesemua mangsa, kata Apichart, hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dikejarkan ke Hospital Daerah Chanet untuk mendapatkan rawatan.
Dalam kejadian kedua di Saiburi, Pattani pada 5.30 petang pula, seorang anggota renjer cedera di bahagian dada apabila sebutir bom seberat 10kg meletup ketika dia sedang meronda, kata Pemangku Ketua Polis Wilayah Pattani Kol Piyawat Chalermsri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ampung Air Keroh
#bom
#Lt Apichart Suni
#Narathiwat
#Pattani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan