awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
Kerajaan MADANI komited rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan lagi kes baharu COVID-19 dicatat di Singapura

Bernama
Bernama
14/02/2020
13:35 MYT
Sembilan lagi kes baharu COVID-19 dicatat di Singapura
Kesemua sembilan kes membabitkan rakyat Singapura yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini (Jumaat) mengesahkan sembilan lagi kes COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 67.
MOH berkata enam kes dikaitkan dengan kluster di gereja Grace Assembly of God, satu adalah ahli keluarga dua kes sebelum ini yang mempunyai kaitan dengan DBS Asia Central di Pusat Kewangan Marina Bay.
Kesemua sembilan kes membabitkan rakyat Singapura yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini, menurut MOH dalam satu kenyataan di sini.
Satu daripada kes baharu itu membabitkan seorang lelaki berusia 61 tahun yang bertugas di sebuah hospital swasta.
Pada masa ini beliau ditempatkan dalam bilik isolasi di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID), kata kementerian itu.
MOH berkata lelaki itu tidak ke tempat kerja sejak bermulanya gejala penyakit tersebut pada 7 Feb dan tidak mempunyai interaksi yang diketahui dengan kes-kes lampau.
Mengemas kini situasi kes yang disahkan, MOH berkata setakat ini, dua lagi kes telah pulih sepenuhnya, menjadikan jumlah kes yang dibenarkan keluar dari hospital ialah 17.
Daripada 50 kes yang disahkan dan masih dirawat di hospital, kebanyakannya stabil atau semakin pulih manakala enam dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan SIngapura
#koronavirus
#Singapura
#warga singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan