Sembilan maut akibat ribut Eloise

Agensi
Januari 25, 2021 04:38 MYT
Eloise adalah ribut kelima dalam musim taufan Lautan Hindi Barat Daya pada 2020/21. - Foto Twitter@SAWeatherServic
BEIRA: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh di bandar Beira, Mozambique selepas ribut Eloise membadai kawasan itu pada Ahad.
Menurut laporan Watchers.news, kebanyakan kematian disebabkan mangsa dihempap pokok tumbang.
Beberapa kawasan di daerah Buzi dan Nhatamanda juga dilanda banjir malah dilaporkan ribuan hektar ladang di kawasan itu ditenggelami air.
Dalam laporan pertama Institut Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Nasional (INGD) Mozambique, mereka mengatakan Eloise telah menyebabkan 12 kecederaan dan 6,859 lagi hilang tempat tinggal.

Photos coming out of Mozambique (source: Gauteng Weather FB). #tropicalcycloneeloise #Eloise pic.twitter.com/u9o8SpoXOn

— SA Weather Service (@SAWeatherServic) January 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebanyak 1,069 buah rumah musnah, 3,434 rosak teruk dan 1,500 lagi dilanda banjir.
Manakala, 136,755 hektar tanaman rosak, 11 hospital juga mengalami kerosakan, sembilan buah sekolah musnah dan 17 yang lain rosak.
Sekurang-kurangnya tiga orang dihanyutkan di timur Zimbabwe ketika mereka cuba menyeberangi sungai yang dilanda banjir, lapor Reuters.
Selain banjir kilat yang teruk di sepanjang pantai daerah Sofala dan Zambezia, terdapat ramalan banjir sungai di sungai Buzi dan Pungue di Sofala dan Manica, kemudian di beberapa lokasi lain juga.
Pihak berkuasa juga menganggarkan bahawa kira-kira 200,000 orang di Mozambique selatan mungkin dilanda banjir dalam beberapa hari akan datang.

Cyclone #Eloise caused severe damage and flooding on large swathes of the coast of Mozambique. Scenes from Quelimane (about 300 km from landfall in Beira) Via WMOs Filipe Lucio pic.twitter.com/IpBZ3Alzt6

— World Meteorological Organization (@WMO) January 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hujan lebat turun di daerah itu sejak 15 Januari menyebabkan lebih daripada 21,500 orang terjejas dan lebih dari 1,900 rumah dinaiki air.
Eloise adalah ribut kelima dalam musim taufan Lautan Hindi Barat Daya pada 2020/21.
Sebelum menyerang Mozambique, ia bergerak di Madagascar sebagai ribut tropika, menyebabkan sekurang-kurangnya satu kematian.
Sebelum membadai Mozambique, Eloise mempunyai angin berkekalan selama 10 minit 150 km/jam (90 mph), angin berterusan 1 minit 165 km/jam (105 mph) dan tekanan pusat minimum 967 hPa.
#banjir #maut #hilang #mangsa #mati #cedera #Eloise #Mozambique #Zimbabwe #ribut #taufan